|
|
44 TAHUN BN BERKUASA SUDAH CUKUP ! MARI KITA TUKAR !Akhirnya pilihanraya ke-10 menjadi kenyataan.Hampir 9.5 juta rakyat akan mengundi memilih sebuah kerajaan yang baru dalam pilihanraya yang dijangka akan diadakan pada minggu akhir bulan November 1999 ini. Bagi pengundi sekalian kita ada dua pilihan sekarang sama ada untuk memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara ini hampir selama 44 tahun atau memilih Barisan Alternatif (BA) yang belum diuji kewibawaanya. Jika kita memilih BN untuk memerintah negara ini bagi 5 tahun lagi bererti kita memperakui apa saja yang telah dilakukan oleh kerajaan BN itu selama ini.Ini bermakna bahawa kita memperakui segala kes salahlaku pemimpin kita yang ada sekarang. Kita juga mempersetujui dengan segala tindakan kerajaan BN berkaitan dengan masalah keadilan dalam masyarakat kita.Kita bersetuju sepenuhnya terhadap perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin besar kita serta kroni-kroninya. Sebaliknya,jika kita memilih BA untuk memerintah bagi 5 tahun yang akan datang bererti kita bersetuju untuk menolak amalan-amalan rasuah, ketidakadilan dalam masyarakat serta perbuatan salahlaku-salahlaku yang telah berlaku selama ini.Pembentukan kerajaan BA yang baru juga akan memberi peluang kepada kita untuk menilai kerajaan mana yang lebih baik , BN atau BA.?,kerana buat masa ini BN memonopolikan pemerintahan sedemikian lama hinggakan BN sanggup buat apa saja ikut suka hati mereka kerana BN ada majoriti 2/3 di Parlimen. Marilah sama-sama kita tukar senario ini,undi BA pula! Pembentukan kerajaan baru BA juga akan memberi peluang kepada kita mengetahui sebenarnya segalah salahlaku rasuah yang telah dilakukan oleh Pak Menteri-Pak Menteri kita selama ini yang sering menganggap bahawa mereka adalah bersih ,cekap dan amanah. Dengan tertubuhnya kerajaan BA yang baru dapatlah rakyat jelata mengetahui kisah-kisah sebenarnya masalah rasuah Daim Zainuddin, Dr.Mahathir Mohamad, Rafidah Aziz, Megat Jonid Megat Ayub, Abdul Rahim Tamby Chik, dan Aziz Shamsuddin yang sentiasa dirahsiakan oleh mereka tetapi telah dilondehkan sedikit demi sedikit oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mahkamah baru-baru ini. Sebaliknya jika kita pilih juga BN untuk berkuasa bererti segala salahlaku rasuah yang dilakukan oleh Pak Menteri-Pak Menteri yang disebut di atas akan tertutup begitu saja dan tidak siapa akan tahu hingga beberapa kurun lamanya. Saya menyeru kepada rakyat Malaysia sekalian, pilihlah dengan bijak, jangan terpengaruh dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh pihak BN. Sudah 44 tahun kita dibaham dan digoda dengan janji-janji manis yang palsu dan kosong yang telah dinikmati oleh nenek, datuk dan bapa kita.Apakah kita dan anak-anak kita mahu peristewa begini berulang kembali? ] Jangan kita begitu taksub dengan kerajaan yang sedia ada kerana kerajaan BN yang ada hari ini sudah tidak relevan lagi. Amalan demokrasi yang diamalkan mereka adalah demokrasi ala Mahathir. Lihatlah negeri Kelantan sebagai contoh. Kelantan bertambah maju dibawah pemerintahan kerajaan yang BUKAN BN, iaitu PAS. Pelaburan mencurah-curah, rakyat hidup aman damai, masalah salahlaku dan kronisme adalah pada tahap yang paling rendah. ] Malahan Kelantan, hari ini, adalah lebih maju daripada beberapa buah negeri lain di Malaysia. Memilih BA tidak bererti kita menghapuskan ketuanan Melayu, kerana pemimpin-pemimpin Melayu dari BA yang akan mengambil alih kerusi-kerusi Parlimen yang dulunya diwakili oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Calon- calon Melayu dari BA akan bertanding melawan Dr.Mahathir Mohamad, Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Megat Jonid Megat Ayob, Khalil Yaakob dan lain-lain. Jadi jika calon BA menang dikawasan-kawasan ini bererti orang Melayu jugalah yang naik. BA telah menetapkan dan bersetuju secara kolektif untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,jadi soal siapa patut jadi PM tidak timbul lagi. Kuasa mengundi terletak di tangan saudara-saudari,jadi gunakanlah dengan bijak. Kalau ada pihak-pihak tertentu datang memberi upah berbentuk wang ringgit atau harta benda, terima saja dengan tangan terbuka, alhamdulillah, rezki jangan tolak tapi bila memangkah, itu adalah hak saudara-saudari.
Undilah dengan bijak. ALI ALLAH DITTA |