Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 11 November 1999
Perhatian: Laman ini paling sesuai dengan paparan Internet Explorer
______________________________________________________________________________

 

RASUAH DAN PENYELEWENGAN, ISU UTAMA

Mohamad Ezam Mohd Noor berkata, Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) akan menumpukan isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kalangan pemimpin kerajaan dalam kempen pilihan raya umum kali ini.

Isu itu akan terus diterangkan kepada rakyat dengan cara yang lebih agresif lagi kerana beliau yakin disebabkan perkara berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan yang dipecat pada 2 Sept 1998 atas tuduhan rekaan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan negara, dalam satu konsfirasi secara besar-besaran bagi melenyapkan pengaruhnya di kacamata parti dan rakyat negara ini.

Mohamad Ezam berkata beliau akan mendedahkan 'dokumen rasuah dan penyelewengan' itu kepada umum bila tiba masanya sebagai strategi untuk menumbangkan kerajaan BN. Tugas itu akan disambung oleh rakyat sekiranya beliau akan ditahan polis.

Sementara itu menurut sumber, Keadilan yakin dapat menawan Perak pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan beberapa faktor termasuk bilangan anggotanya yang dikatakan paling banyak di negeri itu.