Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 11 November 1999
Perhatian: Laman ini paling sesuai dengan paparan Internet Explorer
______________________________________________________________________________

 

HORMATILAH PERASAAN RAKYAT

Tindakan Najib menolak nama "Barisan Alternatif" yang merujuk kepada gabungan parti-parti pembangkang, disifatkan rakyat sebagai prejudis dan keangkuhan UMNO terhadap sistem demokrasi dan amalan berpolitik secara sihat.

Naib Presiden UMNO itu seterusnya menafikan kerjasama dalam Barisan Alternatif, sebaliknya tetap angkuh dengan perjuangan BN yang semakin tidak relevan di hati rakyat.

BN yang berada dalam situasi 'cukup tenat' itu memperlihatkan barisan kepimpinannya sanggup melakukan apa sahaja bagi menolak gabungan rakyat melalui BA.

Rakyat semakin terguris dengan penghinaan dan sikap prejudis pemimpin yang kini nyata semakin jauh dari  rakyat.