|
|
AWAS! - GERAKAN 'TURN OVER' CALON BA (SIRI 2)Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini (https://members.tripod.com/~doimoi99/dm1111ib.html) bahawa suatu gerakan memancing bakal calon dan orang-orang kuat BA sedang dilaksanakan, maka telah terbukti semalam Ketua Wanita KeADILan, Nell Onn (Emak Saudara Hishamuddin Hussien Onn) telah pun mengistiharkan keluar parti. Namun, beliau bukan akan keseorangan. Terdapat beberapa lagi nama yang bakal mengistiharkan diri keluar dari PAS, KeADILan dan DAP. Dari senarai yang saya dapati dari sumber risikan dalaman UMNO/BN, belum ada lagi ahli PRM (buat masa ini) yang dikenalpasti untuk dipancing. Memang ada dalam senarai itu saya sendiri pun tidak percaya (jika usaha pancing ini berhasil) bahawa mereka akan menjilat balik ludah mereka dahulu. Sama-sama kita berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka agar tidak mudah dibeli. Kita semua hendaklah mempersiapkan mental kita bahawa fenomena ini akan tetap berlaku. Walaupun tidak semua dari senarai yang dikenalpasti itu akan dapat dipancing, kita MESTI bersedia bahawa akan ada manusia yang dayus yang meninggalkan perjuangan di saat getir. Akan ada manusia munafik yang lari dari perjuangan dan seterus mengentam janji-janji yang telah dilakukan sebelum ini. Sejarah perjuangan Islam telah banyak memberi contoh. Kaum munafik memang cekap memainkan peranan mereka untuk mempengaruhi pejuang Islam yang kurang komited dan bersedia. Semestinya ALLAH Azzawajalla akan membalas tindak-tanduk mereka dengan setimpalnya – serahkanlah perkara itu kepada Yang Maha Esa. Tugas kita ialah untuk meneruskan perjuangan sehingga tertegaknya Daulah Islamiah. Allahu Akbar. Sekian.
Ibrahim Baba |