Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 12 November 1999
Perhatian: Laman ini paling sesuai dengan paparan Internet Explorer
______________________________________________________________________________

 

SAMY 'SUPPORT SEGALANYA'!!

Pengumuman Naib Presiden Parti Demokratik Malaysia (MDP) Mohamad Asri Othman, akan bertanding kerusi Parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya umum pada 29 November ini adalah berasaskan 'support' sepenuhnya daripada Datuk Samy Vellu.

MDP merupakan batu loncatan Samy Vellu, setelah DAP mengambil keputusan untuk menandingi calon MIC itu yang kini kian terancam kedudukannya. Pada pilihanraya umum yang lalu, Samy Vellu menang dengan majoriti lebih 15,000 undi yang kebanyakannya adalah dari undi Melayu.

Pengumuman Mohamad Asri bahawa pemilihan untuk bertanding di Sungai Siput atas permintaan pengundi di kawasan itu adalah satu pembohongan yang nyata bagi penduduk Sg. Siput.

Kedudukan Samy Vellu terancam berikutan kaum India keluar beramai-ramai dari MIC untuk menyertai KeADILan.