Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 12 November 1999
Perhatian: Laman ini paling sesuai dengan paparan Internet Explorer
______________________________________________________________________________

 

TAKTIK UMNO YANG TERAKHIR

Pendedahan bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Gopeng kepada wartawan MR berhubung dengan taktik terakhir BN memenangi pilihanraya umum negara yang ke 9 lalu tidaklah mengejutkan, malahan memang sudah diduga.

Menurut beliau, pada pagi hari pilihanraya, beliau bersama beberapa orang AJK Pemuda Bahagian Gopeng turut bersama dalam tugas mengangkut penduduk ke pusat mengundi.

Tiap seorang disogok wang sebanyak RM200 untuk dipujuk dan diugut mengundi BN pada pilihanraya tersebut. Beliau yang kini sudah menyertai PAS menyifatkan bahawa amat perlu berhati-hati terutama bagi warga tua dibiarkan ke tempat mengundi bersendirian kerana akan mudah masuk perangkap UMNO yang memang licik taktiknya.