Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 12 November 1999
Perhatian: Laman ini paling sesuai dengan paparan Internet Explorer
______________________________________________________________________________

 

CALON BN MASIH BELUM SEDIA

UMNO masih belum menyiapkan senarai lengkap calonnya yang akan turut bertanding dalam pilihanraya umum negara kali akan datang, walau pun hari penamaan calon adalah pada 20 November ini.

Ketidakputusan tersebut amat jelas bahawa UMNO tidak bersedia menghadapi parti komponen BN yang lain, sebaliknya mereka mempunyai matlamat tertentu untuk menggagalkan pilihanraya umum kali ini.

Peristiharan MAGERAN umpamanya adalah cita-cita PM Maha Firaun itu untuk terus memerintah negara selama 5 tahun lagi tanp mengadakan pilihanraya umum. Maklumat yang diterima, Kelantan merupakan negeri sasaran UMNO/BN untuk memburukan imej Islam dan PAS.

Kelantan disamakan dengan kebangkitan Aceh yang merupakan duri dalam daging kerajaan sekular BN. Justeru itu Tuan Guru Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat serta pimpinan PAS Kelantan perlu mengambilkira ingatan ini bahawa musuh Islam sudah sedia menggempur Kerajaan PAS Kelantan.