Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 13 November 1999
Perhatian: Laman ini paling sesuai dengan paparan Internet Explorer
______________________________________________________________________________

 

PAS AKAN KUASAI LEBIH 40 PARLIMEN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkemungkinan bertanding di lebih 40 kawasan Parlimen pada pilihan raya umum ke-10, pada 29 Nov ini, kata presiden parti itu Datuk Fadzil Mohd Noor hari ini.

Menurutnya kebanyakan kerusi yang akan ditandingi adalah kawasan yang pernah ditandingi parti itu pada piliha raya umum tahun 1995.

"Tahun 1995 kita (PAS) bertanding di sekitar 40 kerusi Parlimen dan mungkin pada kali ini kita akan bertanding lebih daripada (40 kerusi) itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan menyuarat khas jawatankuasa pusat parti di ibu pejabat parti itu di sini.

Katanya jentera pilihan raya sudah pun siap untuk digerakkan dalam kempen pilihan raya kali ini. Meskipun begitu, katanya poster calon-calon parti itu belum disiapkan kerana calon yang akan bertanding belum diputuskan setakat ini.

Menurutnya beliau akan mendapatkan laporan daripada semua perhubungan negeri mengenai persiapan akhir yang perlu dilakukan di samping cadangan calon-calon, termasuk peringkat negeri, yang akan diputuskan sebelum penamaan calon pada 20 November nanti.

Fadzil juga berkeyakinan bahawa PAS akan mempertahankan Kelantan dan menjangka mampu menguasai dan membentuk kerajaan di beberapa negeri lain seperti Terengganu, Kedah dan Perlis.

PAS, katanya mampu merampas kembali kerusi-kerusi Parlimen dan negeri yang dimenangi oleh bekas parti Semangat 46 di Kelantan pada pilihan raya lalu. Fadzil berkata pembahagian kerusi antara Barisan Alternatif iaitu PAS, Keadilan, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan DAP juga belum muktamad dan berkata ia akan diputuskan pada mesyuarat bersama dengan semua pakatan itu minggu depan.

Pembahagian kerusi antara parti-parti dalam pakatan itu tertakluk kepada latarbelakang kawasan, lokasi serta pengaruh dan berkata pembahagian itu akan diumumkan sebelum hari penamaan calon.

Ditanya kemungkinan ada pengundi yang mengundi beberapa kali kerana masalah senarai daftar bertindih, Fadzil berkata PAS akan menempatkan wakil parti itu untuk mengawasi setiap peti undi.

Fadzil berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan peraturan seperti membuang nama pendaftar yang mempunyai nombor kad pengenalan yang sama dan mereka yang telah meninggal dunia bagi menangani masalah itu.

Beliau juga berharap SPR mengotakan jaminan bahawa mereka (SPR) akan mengawasi undi pos. Sebelum ini, wakil parti politik dan SPR tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati pada masa pembuangan undi pos.

BERNAMA