|
|
RAKYAT MEREMPAT DI BAWAH KERAJAAN BN
Kenyataan Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad bahawa kerajaan tidak pernah menyusahkan rakyat sebaliknya membantu mereka dengan pelbagai kemudahan yang
disediakan adalah antara pembohongan yang maha besar kepada rakyat. Contohnya kenaikan harga ayam dan bawang serta kelapa beberapa bulan lalu. Apabila rakyat melalui kesatuan pengguna merungut harga barangan yang kian melompat, Megat Junid hanya menjawab "boikot ayam, boikot bawang, boikot kelapa!". Tindakan sebegini hanya sementara dan akhirnya rakyatlah yang akan menanggung segala bebanan itu. Begitu juga dengan pembangunan asas yang diberikan bukanlah percuma. Air, api dan sebagainya harus dibayar. Jika kerajaan BN mendakwa mereka menyediakan kemudahan asas, katakan ya! tapi rakyat bayar kemudahan itu. Tiada yang percuma dii bawah kerajaan BN. Jika anda tak percaya kemudahan itu anda bayar, cubalah simpan bil lektrik yang anda terima jangan bayar. Saya percaya selepas beberapa hari wakil kerajaan dalam syarikat korporatnya TNB akan datang memotong bekalan. Mana percuma???
Justeru itu bukan sahaja kenyataan Wan Mokhtar bahawa kerajaan berjasa dalam pembangunan negara, malahan sebarang kenyataan pemimpin BN berhubung dengan isu
pembangunan ini harus ditolak rakyat. Projek mewah seperti F1 hanya untuk nama, tetapi tiada faedahnya untuk penduduk negara ini. Begitu juga menara kembar Petronas yang tinggi dengan gahnya tetapi kosong berpuluh-puluh tingkat dan rakyat setinggan tetap tidur berlapik anyaman rumput dan berbumbungkan langit. Sementara itu pendidikan mengalami kos yang tinggi bagi setiap pelajar yang masuk ke IPTA. Kos ini dibayai sendiri oleh ibubapa pelajar. Mana bantuan kerajaan? Pinjaman? Itu kena bayar, bermakna duit rakyatlah tu... Mana bukti lagi kerajaan membela rakyat di bawah pemerintahan BN??? Tukar-tukar!!! Undilah Barisan Alternatif, samada PAS, DAP PKN dan PRM!!! TAKBIR!!!! |