Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

 

DEBARAN MENANTI PILIHANRAYA!!

Minda Mingguan kali ini ingin bersama mencatatkan detik bersejarah mengakhiri penantian seribu penyiksaan. Bersama seribu debaran tercipta;  kerana PM Maha Firaun telah mengatakan bahawa pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya 'terkotor' dalam sejarah politik negara.

Biar apa pun debaran yang terasa, namun usaha harus dipergiat untuk meneguhkan sokongan yang sekian lama diberi. Jika sokongan tidak diwarnakan di kertas undi, sia-sialah perjuangan selama ini. Hancur berkecailah impian dan harapan anak bangsa dan generasi akan datang.

Sejak lebih setahun lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemecatan DSAI, TPM dan Menteri Kewangan ketika itu. Pemecatan dikira paling biasa, tetapi yang menjadikannya 'kejutan' itu apabila manusia yang mendokong falsafah Islam dan menerima pendidikan ugama serta memiliki kejiwaan yang selaras dengan prinsip Islam itu sendiri, dihina dan dikaitkan dengan salahlaku seks diluar tabiee. 

Dalam kemelut antara 'fantasi dan realiti' yang disogokkan itu, akhirnya rakyat menyedari wujudnya konsfirasi peringkat tertinggi negara termasuk oleh PM Maha Firaun itu sendiri. Lalu rakyat yang setia berpegang kepada prinsip kemanusiaan, keadilan dan kebenaran berjuang untuk mempertahankan kebenaran dari dicemari oleh kepentingan pihak yang mencemar iaitu dipihak pimpinan Kerajaan BN.

Perpecahan rakyat ketika itu tidak dapat dibendung, justeru ada yang mahu mempertahankan kepentingan masing-masing mengikut nafsu nafsi duniawi yang murah. Manakala bagi yang menyedari bahawa kebenaran itu adalah hak Allah, maka maruah dan imej mesti diperjuangkan demi kebenaran itu sendiri. 

Dengan perpecahan itu maka kedudukan UMNO selaku organisasi pertubuhan politik orang Melayu yang besar dan mempunyai keahlian suatu ketika mencapai 2.7 juta orang itu akhirnya menuju zaman kehancuran. Ini adalah selaras dengan hukum alam bahawa tiap yang baru itu tidak kekal dan berubah-rubah. Setiap muslim berpegang kepada prinsip ini yang menjadi sebahagian rukum iman mereka.

42 tahun memerintah adalah tempoh yang cukup lama. Jika diandaikan sebuah kereta 42 tahun ia sudah diiktiraf sebagai kereta antik. Justeru pemimpin datang dan pergi maka UMNO sebenarnya sudah terkubur pada 1988 yang lalu di tangan PM Maha Firaun itu. Ini bererti usia UMNO hanya sekitar 54 tahun yang menepati usia seorang dewasa di Malaysia.

UMNO baru nampaknya menghadapi zaman nazaknya hanya pada usia 10 tahun sahaja. Perjuangan UMNO lama dan baru yang berbeza, jelas menampakkan kepada rakyat bahawa UMNO baru menghidapi barah yang keterlaluan dan tidak mampu hidup lebih lama. Usia UMNO lama sekitar 54 tahun itu mungkin hasil pemakanan yang sihat serta pembajaan yang bernas ketika usia mudanya, walaupun selepas berusia 50 tahun, UMNO lama seringkali dihinggapi penyakit dan seringkali sakit-sakit.

Lantas kelahiran UMNO baru ditengah kemelut wabak perpecahan di kalangan ahli, maka kelahiran itu tidak sempurna dan berasaskan kepentingan dan kekuatan 'wang' bagi menyambung usia? Kepada rakyat Malaysia sudah terbukti bahawa kerajaan yang dibina berasaskan sokongan wang ringgit hanya mampu bertahan selama 10 tahun sahaja dan tidak lebih dari itu.

Sebaliknya dalam kerajaan yang berasaskan wang ini, sudah tentu sipelabur mahukan keuntungannya. Maka dalam usia 10 tahun kebelakangan ini pentadbiran negara dihiasi dengan korupsi dan penyelewengan maha hebat serta maha dahsyat oleh pemimpinnya Maha Firaun!!!

Penipuan secara terang-terangan melalui amalan pembahagian tender dan kontrak kerajaan kepada Renong umpamanya; adalah penganugerahan kontrak bernilai berbilion ringgit kepada kroni melalui sistem payungnya. Maka dengan sistem ini juga seringkali berlaku pergaduhan akibat ada yang mendapat lebih habuan dari yang lainnya.

Sistem yang didakwa membawa kemajuan dan pembangunan kepada rakyat Malaysia juga nampaknya lebih merupakan pembaziran. Pemberian kontrak secara terus inilah merupakan faktor pendorong pemimpin negara berebut-rebut membangunkan Malaysia. Kenapa? Jawapannya sudah pastilah kerana kepentingan syarikat sendiri dan kroni. Alasan menuju negara membangun  dan diwujudkan sasaran tahun 2020, sebanrnya hanya satu impian kosong bagi menjayakan rompakan itu. 

Tahun 2020 hanya satu sasaran Maha Firaun dan kuncu-kuncunya untuk menyelesaikan rompakannya. Rakyat Malaysia tertipu dan terpedaya dengan pembohongan besar oleh Maha Firaun.

Justeru ada manusia yang sentiasa terus berdoa semoga Allah memberikannya petunjuk di atas jalan yang lurus yakni Islam, maka Allah memperkenankan doa hamba itu dan terjadilah peristiwa yang memecah kebuntuan. Doa itu mestilah datang dari mereka yang hampir dengan Allah. Siapa? Ya pastilah dari ulama warasatul anbiya!! 

Allah masih sayangkan hambanya yang taat. Justeru Allah memperkenankan petunjuk kepada segala pembohongan yang ada dalam negara. Kita harus bersyukur kepada Allah bahawa dengan pemecatan DSAI setahun lalu itu, rakyat Malaysia saban hari didedahkan dengan penyelewengan oleh pimpinan kerajaan BN.

Jika selama ini mereka tidak ambil pusing apa yang dilakukan oleh pimpinan negara, maka hari ini kita menyaksikan seluruh warganegara hatta hingga ke anak kecil mula mengambil tahu apa yang berlaku dalam negara kita. Hinggakan anak kecil mampu mempertikaikan pembinaan litar F1 Sepang atau Menara Kembar Petronas. Anak kecil juga mampu menilai mengapa ayahnya sering mengeluarkan wang membayar tol hingga menjejaskan budget aiskerimnya. Inilah generasi Malaysia.

Kesedaran yang tentang pencabulan hak asasi manusia akhirnya jelas tergambar dan tidak dapat diselindungkaan lagi. Bermula dari kesedaran itu akhirnya lahirlah satu gerakan bersepadu kebangkitan di bawah panji-panji reformasi dan keadilan. Gabungan Alternatif adalah rentetan kepada ke arah kecundangnya Gabungan Barisan Nasional yang ditubuhkan sejak 1974.

Saat ini rakyat nampak lebih ghairah melihat perkembangan politik dan menunggu hari mengundi. Setiap warganegara bagaikan tidak sabar mahu segera meng'nyah'kan pimpinan hari ini dan menyediakan kerusi baru bagi pimpinan baru dari Barisan Alternatif.

Walaupun diakui masih ada di kalangan rakyat yang mata hatinya belum terbuka menerima kebenaran dan penyelewengan pimpinan negara, insyaAllah kebenaran akan terbukti jua satu hari nanti. 

Ingatlah tanggungjawab anda sebagai pemangkin kepada keruntuhan kerajaan BN. Satu undi anda cukup bernilai. Gerakkan kesedaran mengundi harus dimulakan sekarang supaya di hari mengundi kita tidak berasa kekok untuk melakukan tugasan kita. Paling elok pada pandangan saya kita adakan beberapa hari sebelum 29 November, istiharkan sebagai satu hari pilihanraya percubaan untuk kita memulakan kebiasaan bertugas secagai PA/CA atau tugasan yang lain.

Pimpinan tertinggi BA dalam kawasan masing-masing, jika mampu adakan aktiviti mengundi percubaan pada 21 November nanti sebagaimana hari mengundi sebenar. Lihat bagaimanakah kekesanan para petugas kita mengendalikan kedatangan rakyat yang tidak sabar lagi mahu mengundi. Semangat ini mungkin boleh dibawa pada 29 November, hari mengundi sebenar.

Di saat terakhir seorang pelajar yang menghadapi peperiksaan ini bukanlah ketika itu beliau mentelaah lagi. Justeru itu siri ceramah perlu dikurangkan. Malahan sebaliknya tumpuan kita adalah kepada strategi bagaimana memegang pensil dan memangkah. Si tua atau yang paling baru perlu diajar bagaimana memegang pensil dan memangkah di kertas yang disediakan nanti.

Akhirnya gembelengan tenaga tua dan muda, pimpinan dan ahli biasa, saat ini perlu diperkukuhkan. Lupakan sementara persengketaan jika ada. Tumpukan seluruh tenaga dan fikiran  hanya untuk kemenangan pada 29 November nanti.

Apakah kita bermimpi menubuhkan Kerajaan baru Alternatif? Masih belum terlambat kerana rencana 14 hari mungkin boleh merubah segalanya....

Polong Cyber

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 14 November, 1999