Setelah BN yang diketuai oleh UMNO yang berketuakan Mahazalim , menzalimi DSAI serta anak isterinya dengan mengaibkan maruahnya serta keluarganya,
menjauhkan DSAI dengan isteri dan anak-anaknya, memisahkan DSAI dengan peyokong dan rakan taulannya ; lalu Mahazalim terus menerus menjalankan siri-siri
keZALIMannya bagi membukti dan mengesahkan bahawa Mahadir benar-benar ZALIM dan melayakkan ia di panggil MAHAZALIM .
Tindakan terbaru yang saya dimaklumkan sebentar tadi
- Setiausaha Pemuda PAS Kawasan langkawi ditukarkan ke Pulau Pinang. Sebelum ini beliau mengajar disebuah sekolah rendah di Langkawi. Beliau anak
Langkawi sudah berumah tangga . Tidak mempunyai masalah dengan pentadbiran sekolah . Mengajar mengikut sukatan pelajar dan menjalankan kerja yang
diarahkan oleh pihak sekolah. Tidak melibatkan masalah politik dengan sekolah. Malah para pelajarnya amat senang dengan beliau.
- Bekas setiausaha Dewan Pemuda PAS kawasan Merbok, menerima memo ditukarkan ke Pulau Pinang. Seorang guru yang gigih dilahirkan di kawasan Merbok dan
tinggal di batu 3 Jalan Jeniang merupakan guru biasa namun pernah diberi kepercayaan untuk menyampai khutbah jumaat di masjid tempat tinggal beliau.
Masyarakat begitu menyenangi beliau. Disekolah beliau gigih mendidik anak bangsa walaupun diluar waktu persekolahan. Saya sendiri pernah dijemput oleh
beliau untuk memberi ceramah motivasi pelajar sekolah beliau dalam Kem kepimpinan Pengawas pada tahun lalu.
Cuma saudara fikirkan
- Kenapa mereka ditukarkan ? Alasan kerana khidmat mereka diperlukan di Pulau Pinang ? Apakah di PP itu dah tak cukup cikgu ? Sedangkan banyak sekolah
yang dah terlebih guru !. Adakah guru ini melanggar etika perguruan ? Rekod yang ada ; mereka guru yang gigih . Jelasnya meraka ditukarkan atas sebab
politik bodoh JKK yang memberi maklumat kepada UMNO bahagian. JKK hanya memikirkan masa depan politik pemimpin UMNO bukan masa depan pembelajaran
anak-anak mereka. Biar mampus anak mereka asalkan pemimpin mereka selamat . Pemikiran yang terlalu singkat yang ada dibenak otak JKK. Guru mendidik agar
pelajar dapat membezakan yang benar dan salah, adil dan zalim . Seorang guru yang mendidik untuk itu pastinya akan gigih memperjuangkan kebenaran dan
meruntuhkan kezaliman.
- Bayangkan proses pembelajaran anak-anak yang ditinggalkan ? Sudah tentu tergendala dan terganggu sementara guru baru mengambil alih kelas. Murid
terpaksa menyesuaikan diri dengan guru baru. Ini sudah tentu memakan masa. Guru baru pula nak menilai kemampuan muridnya … makan masa juga , Apatah
lagi peperiksaan akan menjelang tiba. Oii JKK apa hampa tak fikiaq ka ha… otak tak tang mana …. Pungkoq kot ?. Yang Orang dikementerian tu tak boleh
pikiaq ka? Otak hampa pun nak samakan dengan JKK yang menulis pun tak boleh tu ?
- Satu kerja pula pihak pentadbiran nak buat pelbagai perkara yang berkaitan dengan pertukaran tersebut. Masalah gaji , masalah penyerahan tugas dan
pelbagai lagi.. Pening juga pengetua., keraninya
- Bagi keluarganya pastinya terpaksa dipisahkan kerana anak-anak bersekolah. Apakah ini tidak zalim ?
Untuk Guru-guru yang ditukarkan
- Yakinlah anda ditukarkan kesekolah yang ada orang . Anda akan mengajar orang juga. Bukan beruk-beruk di B.garden Ruang-ruang yang terbuka luas untuk
anda terus berdakwah. Yakinlah Allah bersama anda kerana selama ini pun anda bekerja untuk Allah. Kesusahan anda ada ganjarannya disisi Allah.
- Jelaskan kepada anak dan isteri bahawa inilah perjuangan . DSAI dipenjara - sukar berjumpa anak isteri. Anda baru ke PP ; 1 jam pun boleh sampai
balik. Didik anak isteri anda, inilah kezaliman BN UMNo Mahazalim. Tanamkan dijiwa mereka untuk menjatuhkan BN. Walau umurnya baru 4 tahun minta
dilakukan sesuatu agar dia juga ada saham untuk meruntuhkan kezaliman.
Untuk Guru-guru
- Apakah mata anda masih buta ? lalu membiarkan teman seperjuangan anda dizalimi. Mungkin hari ini dia, esok mungkin saudara anda atau anda sendiri.
Ayuh pastikan Bn ditumbangkan, pastikan tidak ada seorang guru pun disekolah anda yang menyokong UMNO. Bertindak lah sesuatu - jangan tangguh lagi .
Buktikan anda tidak redha dengan kezaliman !. Anda benci BN dan mereka yang bersamanya!
- Jangan Patah semangat ! Jangan jadikan kes ini menyebabkan anda akan terus bersama BN atau membiarkan BN berkuasa lagi. Jadikan kes ini penyuntik
semangat baru untuk memastikan BN Tumbang ! runtuh ! seruntuh-runtuhnya ! Anda pendidik , buktikan anda mampu mendidik diri anda dan mampu mendidik
masyarakat kenal kezaliman dan mampu menyerang kezaliman malah memastikan kezaliman dan pendokongnya dihumban jauh-jauh dari bumi ini.
Untuk Ibubapa/waris murid
- Apakah anda redha dengan tindakan bodoh ini ? masa depan anak anda tergadai belum lagi ketika dipintu IPT yang memakan belanja yang tinggi , peringkat
rendahpun sudah dizalimi. Tidak kasihkan anda terhadap anak-anak anda, masa depan anak-anak anda. Guru mendidik agar anak anda kenal yang benar dan yang
salah supaya anak anda menjadi orang berguna. Menyenangkan anda ketika didunia dan dikubur nanti. Buktikan anda tidak redha ! hari ini mungkin guru
sekolah lain. Esok mungkin guru sekolah anak anda . Bertindaklah dengan sesuatu bagi memastikan tidak ada lagi yang mengundi BN ! Ayuh jangan tunggu
lagi!.
- Jangan patah semangat !. Ucapkan tahniah kepada guru tersebut kerana mereka telah buktikan mereka benar-benar pendidik untuk yang benar hingga mereka
ditukarkan . Ini bukti mereka bukan sahaja mendidik agar mengenali kebenaran malah mereka berkorban untuk kebenaran. Hantarkan guru ini
beramai-ramai ke sekolah baru – buktikan sokongan anda biar UMNO kecut perut.
Kepada para pelajar
Anda dizalimi . Cikgu kasihkan anda. Cikgu Pasti anda juga mengasihi guru anda itu. Namun itulah kezaliman BN dan UMNO . Oleh itu bertindaklah untuk
memastikan BN tumbang. Walau anda tidak boleh mengundi tapi anda fikirkan cara yang terbaik untuk anda meruntuhkan BN. Ingatkan kepada ibubapa " AYAH
JANGAN SOKONG BN… BN ZALIM .. AYAH JANGAN PANGKAH BN NANTI BN HANCURKAN DUNIA DEPAN KAMI . IBU ….. RUNTUHKAN BN… KAKAK … TUMBANGKAN BN…. ABANG…
JANGAN PASANG BENDERA BN …. KAWAN-KAWAN.. AYUH…. PASTIKAN BN TUMBANG……
( buat 10 salinan dan edarkan. bagi membuktikan anda benci BN dan sekutunya )
CIKGU KEDAH