Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

 

 

LAMPIRAN SATU

TUN HS LEE 30375/99
12.22 tengahari, 12 Nov 1999

Laporan Polis
Mahkamah Persekutuan
K. Lumpur

Saya ingin mengemukakan dokumen surat-surat dari Tan Sri Ting Peck King kepada Tun Daim Zainuddin dan kepada Dato' Seri Dr Mahathir Muhammad serta nota arahan Dato' Seri Dr Mahathir kepada saya selaku Menteri Kewangan supaya segera meluluskan pembayaran kepada Tan Sri Ting tanpa mematuhi peraturan dan prosedur kewangan atau merujuk terlebih dahulu kepada Syarikat Juruaudit Price Waterhouse yang telah dilantik meneliti permohonan pampasan dari Syarikat Ekran yang menyelenggara pembinaan projek Empangan Bakun di Sarawak.

Permohonan bayaran gantirugi telah dibuat oleh Tan Sri Ting terus kepada Tun Daim meskipun beliau tidak berkaitan dari segi bidang kuasa atau otoriti meluluskannya. Permohonan juga dibuat terus kepada Dato' Seri Dr Mahathir yang sekali lagi membuktikan cara beliau mengendalikan projek-projek mega seperti Perwaja, Putrajaya dan KLCC. Projek Bakun telah beliau luluskan tanpa mematuhi Prosedur Penswastaan atau tender. Beliau melancarkan projek tersebut sebelum kabinet meluluskannya. Sapertimana juga dalam laporan polis saya yang terdahulu bersabit projek Perwaja, beliau menjalin perhubungan langsung dengan Tan Sri Ting dan mengenepikan kementerian dan agensi berkaitan. Kabinet hanya menggerakkan kemudiannya dan meminta saya mengawasinya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bakun. Bahkan dalam kes permohonan pampasan tersebut sapertimana yang tertera dari surat-surat yang disertakan, saya diketepikan samasekali meskipun pada ketika itu saya adalah Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bakun. Ketegasan saya serta keengganan meluluskan peruntukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mematuhi peraturan kewangan dan dasar berhemat menyebabkan saya dicurigai.

Kepentingan terbesar projek Bakun dipegang oleh Syarikat Ekran yang dikuasai oleh sahabat karib Dato' Seri Dr Mahathir dan rakan seperniagaan Tun Daim iaitu Tan Sri Ting Peck King.. Rasip Haron, rakan perniagaan Tun Daim turut memegang ekuiti. Rasip Haron dan Robert Tan Hua Choon, seorang lagi rakan perniagaan Tun Daim menguasai syarikat Jasa Kita. Jasa Kita terlibat dalam skandal Saham STM (Telekom) kerana penyalahgunaan pengagihan saham yang kononnya diperuntukkan oleh Tun Daim ketika menjadi Menteri Kewangan kepada masyarakat India. Tetapi disebaliknya, saham-saham tersebut disalorkan kepada tiga syarikat yang mempunyai hubungan dengan Dato' Samy Vellu. Ini termasuk Syarikat Clearway di mana pemandu Robert Tan, Baharuddin M. Arip adalah pengarah Clearway dan Jasa Kita.

Syarikat Robert Tan lainnya, Spanco kemudiannya dengan secara terburu-buru mendapat kelulusan penswastaan kenderaan Kerajaan, oleh unit Penswastaan Jabatan Perdana Menteri. Perkhidmatan syarikat dipertikai sebagai lemah dan mengenakan kos yang mahal, bahkan saya telah meminta beberapa peruntukan perjanjian diteliti semula. Oleh kerana Tun Daim umumnya mempunyai kepentingan, segala teguran dan bantahan diketepikan oleh Dato' Seri Dr Mahathir.

Projek Bakun memerlukan dukungan penuh Kerajaan Negeri Sarawak. Maka syarikat Ekran telah mendapatkan penyertaan dua orang putera Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri iaitu Mahmud Abu Bakir dan Sulaiman Abdul Rahman sebagai pemegang ekuiti dalam Ekran dan Pacific Chemicals. Maka Ekran dengan mudah memperolehi konsesi ribuan hektar balak disekitar kawasan Empangan, meskipun masyarakat asli tempatan dan pertubuhan alam sekitar membantah keras. Selain itu, anak Dato' Seri Ling Liong Sik turut dilantik dalam pengurusan projek dengan ganjaran lumayan.

Denga restu dan kelulusan Dato' Seri Dr Mahathir, keputusan dan projek serta kontrak diluluskan tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah Syarikat Bakun atau Kementerian Kewangan. Diketika itu, tatkala viabiliti projek dicurigai, Perdana Menteri telah mengarahkan supaya HICOM Holdings, KWSP dan TNB turut memegang ekuiti. Syarikat-syarikat tersebut bersama SESPO Sarawak terus-menerus membantah kerana Tan Sri Ting mengambil keputusan bersendirian "dengan persetujuan Perdana Menteri" " tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah terlebih dahulu. Kontrak dianugerahkan dengan sewenang-wenang kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ekran. Umpanya, Pacific Chemicals memperolehi kontrak pembalakan kawasan Bakun seluas hampir 20 000 hektar. FCW Holdings dijanjikan kontrak 4 billion ringgit pembinaan kabel submarine dasar laut yang turut melibatkn kepentingan syarikat anak Dato' Seri Dr Mahathir.

Dan akhirnya setelah nyata projek tesebut akan gagal dan buntu serta akan mengulangi pengalaman kerugian Perwaja yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan, saya menggunakan alasan krisis ekonomi yang melanda ketika itu untuk membatalkan projek tesebut. Lagi pun terlalu banyak keputusan didapati tidak telus dan menimbulkan masalah dengan Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti. Tindakan terhadap Ekran gagal diambil kerana perlindungan yang diberikan oleh Perdana Mentei dan Tun Daim. Pembatalan projek bukan sahaja menimbulkan kemarahan mereka berdua tetapi juga keluarga dan syarikat kroni yang berkepentingan.

Permohonan pampasan sebanyak 2.2 billion ringgit adalah keterlaluan sepertimana yang terpapar dalam surat Tan Sri Ting kepada Yun Daim bertarikh 11 Julai 98 (Eksibit Satu). Surat beliau kepada Dato' Seri Dr Mahathir menyebut mengenai pembayaran awal sebanyak 120 juta ringgit. Perdana Menteri dalam notanya bertarikh 12 Ogos '98 mengarahkan saya membayar tanpa merujuk kepada peraturan dan prosedur kewangan (Eksibit Dua).

Saya sedar bahawa beberapa laporan polis terdahulu beserta dokumen dan surat terutama yang melibatkan Dato' Seri Dr Mahathir dan Tun Daim tidak  disiasat dan diambil tindakan. Seolah-olah pemimpin-pemimpin tersebut adalah kebal dari siasatan dan tindakan. Disebaliknya, pemimpin-pemimpin parti alternatif terdedah kepada tindakan dan tekanan berlebihan. Saya menggesa agar pihak polis berkhidmat secara profesional. Sekali lagi saya mengemukakan dokumen dan surat yang menunjukkan bahawa wujudnya percanggahan kepentingan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Dato' Seri Dr Mahathir dan Tun Daim. Kami masih menunggu siasatan dan tindakan pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah.

Disertakan Eksibit Satu dan Eksibit Dua.

Terima kasih.

Wassalammualaikum WarahmatuLlah.

(tandatangan : Anwar Ibrahim)

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 14 November, 1999