Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

 

KENAPA BN MENDAHULUI TUHAN??

Beberapa kenyataan pimpinan BN amat bercanggahan dengan akidah dan kepercayaan kepada Allah. Umpamanya kenyataan Maha Firaun itu di PWTC semalam iaitu, KeADILan tidak akan menang 100 peratus. Siapakah yang mahu menghalang Maha Firaun itu berkata sedeemikian?

Tindakan Maha Firaun itu akhirnya diikuti oleh pimpinan tertinggi BN yang lain. Umpamanya keputusan bagi pilihan raya umum bagi Kelantan didakwa akan menyelebelahi Barisan Nasional (BN) berikutan dakwaan rakyat negeri itu kini mula menyedari banyak kelemahan ketara pada kepimpinan kerajaan PAS Kelantan.

Datuk Mustapa Mohamed berkata rakyat Kelantan telah bersedia untuk memberikan kemenangan kepada BN setelah menyedari hanya kerajaan negeri yang selari dengan kerajan pusat dapat membangunkan negeri itu.

Mustapa yang dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Jeli itu sebenarnya menggunakan wang semata-mata serta kedudukannnya untuk mendapat dan mengekalkan undiannya

Peruntukan RM100 juta digunakan bagi membina pelbagai kemudahan dan infrastuktur untuk rakyat Jeli. Itu termasuklah menyediakan pinjaman kecil kepada peniaga kecil asalkan ada pondok perniagaan mereka.

Selain itu di Bangunan UMNO Jeli setiap hari rakyat dijamu selera dan kes kelaparan hingga menyebabkan rakyat merasa terhutang budi kepada beliau.

Jeli sebelum 1995, adalah antara kawasan Parlimen yang tidak mempunyai pembangunan tetapi kini berubah antara kawasan paling pesat membangun di Kelantan melalui projek seperti Maktab Rendah Sains Mara bernilai RM24 juta, perpustakaan moden (RM2.5 juta), Balai Bomba Jeli (RM5 juta), Kompleks Kastam (RM4 juta), Jabatan Pendaftaran Negara (RM680,000) dan kini pembinaan Hospital Jeli bernilai RM7.6 juta.

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 15 November, 1999