Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

 

MAHATHIR CEMBURU MEDIA ASING!!!

Setelah berjaya mengongkong media tempatan dengan cara memiliki saham terbanyak dan menguasai syarikat akhbar tempatan, kerajaan BN berjaya mengekalkan propaganda politik mereka hingga akhirnya media perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mendapat penghinaan masyarakat Malaysia.

Justeru itu lahir perkataan yang amat tepat bagi menggambarkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat seperti Utusan Meloya kerana rakyat akan loya membaca berita yang membodek kerajaan dan Berita Hairan di mana kita seringkali menyaksikan berita yang ajaib berhubung sesuatu perkara kerana mengangungkan pimpinan BN.

Peranan akhbar yang gagal membawa laporan sebenar menyebabkan rakyat beralih pandangan kepada media alternatif seperti Harakah, Buletin KeADILan dan internet.

Semalam Presiden UMNO, Maha Firaun itu menyindir media asing bahawa antara kejayaan beliau ialah menyatupadukan pembangkang, sebagai penghormatan besar.

Maha Firaun itu seterusnya berkata meskipun media asing memberi liputan yang meluas mengenai parti-parti pembangkang dan tiada langsung mengenai BN, tetapi mereka masih merungut bahawa parti-parti pembangkang mendapat "layanan tidak adil" daripada media tempatan.

Maha Firaun juga mendakwa sesetengah akhbar asing malahan dicetak di negara ini, tetapi mereka tidak langsung menulis yang baik mengenai BN dan kerajaan juga tidak pernah membuat tapisan. Ini menyebabkan kerajaan dan beliau berasa cemburu kerana tidak berjaya menahan mereka melaporkan berita yang sebenar.

Sebaliknya media tempatan berjaya dikuasai dan dikongkong hingga segala laporan salahlaku dan perangai buruk pemimpin disembunyikan.

Maha Firaun berasa cenburu apabila akhbar menggunakan kebebasannya untuk tidak melaporkan apa yang tidak mahu mereka laporkan itu seperti CNN dan CNBC, yang didakwanya laporan mereka kerap berat sebelah.

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 15 November, 1999