Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

 

BILA ANWAR BERCAKAP,MAHATHIR KETAQ ! 

Mahathir dan sekutunya sering melaungkan bahawa mahkamah adalah bebas dan tidak mengikut telunjuk kerajaan yang memerintah,malah katanya lagi ada kes-kes yang kerajaan kalah dalam mahkamah. Tetapi persoalannya apakah badan kehakiman kita ini benar-benar bebas seperti yang disebutkan oleh Mahathir? 

Kalaulah makamah betul-betul bebas dari cengkaman kerajaan ,kenapa Peguam Negara mengamalkan pendakwaan secara terpilih sepertimana kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI),Lim Guan Eng dan berberapa yang lain. Kes perbicaraan DSAI pula terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditentukan? Apa kena mengena kes DSAI ini dengan pilihanraya? Malah kes DSAI boleh diteruskan dan tidak sedikit pun akan mengganggu proses pilihanraya yang akan diadakan nanti. 

Hakim dan pihak pendakwa bukan orang politik dan tidak perlu berkempen. Yang akan terlibat dalam pilihanraya ini adalah beberapa orang peguambela DSAI seperti Karpal Singh dan Zainur Zakaria. Kalau perbicaraan ini diteruskan dalam musim pilihanraya ini mungkin menguntungkan BN kerana Karpal Singh dan Zainur Zakaria akan terikat dengan kes dan perlu hadir sesi mahkamah tiap-tiap hari dan menyebabkan mereka tidak boleh kempen dengan sempurna.

Tiada alasan yang dapat diberikan oleh pihak mahkamah tinggi dan daripada siapa arahan itu diterima. Tetapi apa yang jelas,kes perbicaraan DSAI ini telah menggegarkan BN hingga ke akar umbinya,kerana pendedahan demi pendedahan berkaitan dengan rasuah pemimpin-pemimpin agung UMNO daripada Mahathir, menteri-menterinya, kroni-kroninya dan tokoh-tokoh UMNO tertentu yang terlibat dengan konspirasi menjatuhkan DSAI. 

Disamping itu,DSAI juga telah membuat laporan demi laporan kepada pihak polis yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang sah sebagai bukti penyelewengan kuasa dan amalan rasuah Mahathir,menteri-menteri dan kroni-kroninya. 

Apa yang menghairankan sehingga hari ini setiap pertuduhan yang DSAI buat tidak pernah dijawab atau disangkal oleh Mahathir ,menteri-menterinya atau kroni-kroninnya. Dr.Mahatir rasa ketaq dan gusar bila DSAI buka mulut menceritakan sedikit demi sedikit rahsia penyelewengan kuasa dan rasuh mereka. Mahathir dan kuncu-kuncunya mempunyai media massa yang luas untuk menyangkal tuduhan-tuduhan itu mereka tidak berupaya berbuat demikian kerana setiap pendedahan itu mempunyai bukti-bukti yang kukuh. 

Jalan yang mudah diambil mereka ialah dihentikan dulu perbicaraan kes ini sehingga lepas pilihanraya,supaya rahsia-rahsia penyelewengan, penipuan dan rasuah mereka tidak terbongkar lagi. Kerajaan BN anggap kehadiran DSAI di mahkamah tiap-tiap hari akan memberi peluang DSAI berhubung secara terus dengan isterinya ,peguam-peguamnya dan penyokong-penyokongnya untuk menyampaikan kata nasihat atau membuat kenyataan-kenyataan yang memberangsangkan perjuangan Barisan Alternatif (BA). 

Mahathir juga telah disapina untuk hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan mungkin hari ini,esok atau lusa. Kalau dia hadir banyak cerita-cerita yang harus diluahkan hasil daripada soal tanya penguambela DSAI. Jadi untuk elak senario ini tangguh saja kes ini buat sementara waktu. Mahathir dan sekutunya mungkin rasa lega dan selamat tetapi DSAI akan tetap menghantui mereka di mana-mana saja. Mahathir dan kuncu-kuncunya rasa ketaq dan tidak mahu melihat rupa atau bayang DSAI ini menjelma di mana-mana semasa musim pilihanraya ini. Bukankah Mahathir sendiri mengakui baru-baru ini bahawa DSAI telah banyak merosakkan imej dan pengaruh UMNO dan BN di kalangan rakyat jelata? Itulah sebab mengapa dengan tiba-tiba perbicaraan DSAI ditangguhkan. Bukankah ini juga satu konspirasi?

Pak cik,mak cik tahu, saudara saudari pun tahu.Apakah pak cik,mak cik,saudara saudari mau bersubahat dengan mereka? Mahukah pak cik,mak cik,saudara saudari dipanggil konspirator? 

Jika tidak mahu ,jangan undi BN lagi,undilah Barisan Alternatif !! 

ALI ALLAH DITTA

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 17 November, 1999