PILIHANRAYA - APAKAH PERANAN KITA ?
Peranan paling penting ialah : Jangan khianati perjuangan rakyat. Sekali anda mengkhianati perjuangan rakyat, anda akan diLAKNAT ke akhir hayat. Berpegang
teguhlah kepada prinsip pejuangan dan kesatuan rakyat.
Sekarang bukannya masa untuk kita berselisih pendapat. Bukan masa untuk memperjuangkan kepentingan diri. Bukan juga masa untuk mengkhianati dan meninggalkan
parti. Ini adalah masa untuk kita berjuang. Masa untuk melawan keZALIMan dan keMUNGKARan UMNO dan BN. Inilah masa untuk LAWAN. Membujur lalu melintang patah.
LAWAN TETAP LAWAN ! AYUH, MAIN PERANAN ! Kini tiba masanya.
Ayuh !. Semua rakyat Malaysia, mainkan peranan anda. Perjuangan kita adalah untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Peranan anda amat-amat diperlukan. Ini bukan lagi
masa untuk kita berpeluk tubuh. Bukan lagi masa untuk kita menjadi pemerhati. Bukan juga masa untuk menjadi penonton yang pasif. Inilah masanya untuk kita
terjunkan diri ke dalam dunia perjuangan.
Seluruh rakyat Malaysia harus bergerak sekarang. Mainkan peranan mengikut kemampuan dan kebolehan yang kita ada. Gunakan pelbagai cara yang terdaya oleh kita.
Pengaruhi rakyat Malaysia lain yang masih lagi belum sedar. Yang masih lagi lena diulit pembangunan palsu ciptaan UMNO dan BN.
Para Mahasiswa dan Mahasiswi ! - Turunlah ke padang. Bertebaranlah keserata pelusuk ceruk negara. Gunakanlah segala ilmu dan kebijaksanaan yang ada pada
anda.
Para pemandu teksi, bas atau apa sahaja ! - Pengaruhilah penumpang anda. Para pengurus dan majikan ! - Sedarkanlah kakitangan dan pekerja anda. Para pekerja
sekelian ! - Pengaruhilah rakan-rakan sekerja anda. Para mandur estate ! - Bangkitkan semangat pekerja-pekerja estate anda. Para doktor sekelian - Rawatilah
jiwa pesakit anda. Peguam-peguam yang berwibawa ! - kejutkanlah anak guam anda. Guru-Guru yang mulia ! - Insafkanlah masyarakat di sekeliling anda.
Wahai Ibubapa ! - Sayangilah anak-anak dan generasi seterusnya. Selamatkanlah mereka. Aduhai anak-anak ! - Insaf dan sedarkanlah dengan penuh kasih sayang ibu
bapa anda. Dan kepada seluruh rakyat Malaysia ! - Bebaskanlah diri anda. Merdekakan Malaysia. Singkirkan UMNO dan Barisan Nasional ! KITA HARUS HYPERAKTIF Kata
orang kita harus berjuang dengan aktif. Tetapi di dalam tempoh-tempoh yang kritikal ini, sebenarnya kita harus menjadi pejuang yang HYPERAKTIF.
Perjuangan kita adalah untuk membunuh kezaliman. Keadilan adalah matlamat kita. Tetapi mampukan kita menghadapi UMNO dan BN yang dikelilingi oleh segala
jentera, penipuan dan keDURJANAan milik mereka. Mereka menguasai segala-galanya. Media diperkuda. Jentera kerajaan disalahguna. Tetap kita - apa yang kita ada
?. Kita hanya punya semangat. Oleh itu, bakarkanlah semangat itu menjadi api juang yang marak bakar menyala. Perjuangkan apa yang kita terdaya. Mungkin ini
mampu membantu perjuangan kita.
- Edarkan risalah kepada seluruh rakyat Malaysia. Isikan risalah tersebut dengan maklumat tentang keDURJANAan UMNO dan BN. Catatkan tentang pengkhianatan
dan penghinaan Dr Mahathir, UMNO dan BN terhadap Nabi Muhammad saw, Islam, Bangsa, Rakyat dan Negara.
- Buat Risalah Mini dan sebarkannya. Saiznya mungkin sebesar kertas A4 yang dibahagi 4 - supaya ia mudah dibawa kemana-mana. Gunakan kata-kata yang boleh
menyentuh perasaan. Juga yang boleh memberi kesedaran dan keinsafan. Contohnya - "Mahukah anda membayar khidmat hospital ?". Ataupun -
"Sanggupkah anda melihat anak-anak anda gagal ke Universiti kerana tiada biasiswa ?". Ataupun juga - "Lupakah anda dengan bala J.E. ?".
Mungkin anda juga boleh meyenarai ringkaskan keDURJANAan UMNO dan pemimpin-peiminpin rasuahnya.
- Lekatkan risalah-risalah mini anda itu ditempat-tempat yang strategik dan menjadi tumpuan awam. Caranya mudah sahaja. Lekatkan risalah mini anda dengan
"double sided tape". Simpankan risalah tersebut di dalam poket anda. Kemudian lekatkannya ditempat-tempat seperti pondok telefon, pintu tandas
awam, belakang tempat duduk bas, tiang lampu dan letrik, pondok bas, mesin ATM, pasar dan dimana-mana sahaja. Anda juga boleh menyisipkan sahaja risalah
mini tersebut di wiper-wiper kereta. Lebih baik lagi jika kereta tersebut terdapat sticker warna merah,"UMNO - dulu, kini dan selamanya ......
Penyangak"
- Lekatkan poster-poster keDURJANAan UMNO dan BN di merata-rata tempat. Misalnya poster-poster yang disiarkan oleh suratkhabar Harakah iaitu "Antara
Dua Darjat" - perbandingan Mahligai Air Mata dengan pondok rakyat.
- Suratkhabar Harakah harus memainkan peranan dengan membanyakkan lagi poster-poster yang membangkitkan semangat dan kesedaran rakyat. Contohnya seperti apa
yang disiarkan di dalam Harakah bertarikh 15 November 1999 - "Buang yang keruh, Ambil yang jernih", "Tangan-tangan mereka melakukan
ini...." Dan "Laporan polis terbaru Ezam". Oleh kerana pilihanraya sudah terlalu hampir, dan Harakah pula hanya diterbitkan dua kali seminggu
sahaja, Harakah mestilah diterbitkan di dalam edisi khas (Edisi Pilihanraya) dengan mukasurat yang lebih banyak. Pertambahan mukasurat tersebut mestilah
diisi dengan maklumat-maklumat penting dan poster-poster untuk dilekatkan. Pertambahan mukasurat sudah pasti akam meningkatkan kos pengeluaran. Oleh itu
harga Harakah 'Edisi Pilihanraya' perlulah dinaikkan menjadi RM 1.50. Pasti tidak ada rakyat Malaysia yang membantah.
- Edar dan lekatkan banner perjuangan rakyat di tempat-tempat yang strategik. Anda sendiri mampu membuat banner tersebut. Banner-banner yang menarik boleh
didapati dari Laman ARM - http://members.xoom.com/arm99/banners.htm.
Caranya mudah. Klik kan bahagian kanan tetikus pada banner pilihan anda. Save as file. Kemudian insert kannya ke dalam program-program yang sesuai seperti
Powerpoint. Di dalam satu slide / page, isikan dengan 3 banner. Cetak dan photostate sebanyak yang mampu. Bayangkan, jika harga photostate ialah 5 sen
sehelai, dengan wang RM 10.00, anda mampu menghasilkan 600 banner.
- Buka kaunter penerangan dan perkhidmatan. Tidak perlu bangunan-bangunan besar ataupun menyalahguna Balairaya (seperti yang dilakukan UMNO). Cukup dengan
satu kerusi dan satu meja. Kaunter tersebut boleh dibuka dimana-mana sahaja seperti di pasaraya, pasar tani, pasar malam, pasar biasa, luar kawasan masjid
atau dimana-mana sahaja yang sesuai.
- Buat tayangan video dan VCD. Tape ceramah juga boleh diperdengarkan. Ini boleh dilakukan dibilik-bilik gerakan ataupun dikedai-kedai kopi. Tayanglah video
dan VCD yang boleh mempengaruhi jiwa rakyat Malaysia. Misalnya VCD "Ledakan Reformasi". Video dan VCD yang menarik juga boleh didapati daripada
Arkib PAS. Perdengarkanlah juga kaset penghinaan Dr Mahathir terhadap Nabi Muhammad saw dan ulama-ulama.
- Gerakkan jentera serta pasukan perayu dan penerangan Barisan Alternatif. Pasukan ini harus bergerak dengan Hyperaktif. Bergeraklah keseluruh pelusuk
negara. Ke stesyen bas, ke pasar, rumah ke rumah dan kemana sahaja.
- Bilik Gerakan Pilihanraya mesti sentiasa terbuka dan bersiap sedia. Jadikan ia sebagai pusat segala operasi dan perencanaan kita. Berita-berita dari
internet (dikompilasikan) juga perlu disediakan di Bilik Gerakan Pilihanraya dan ditempat tumpuan ahli dan penyokong Barisan Alternatif.
- Adakan sembahyang hajat di masjid ataupun dirumah. Lakukan secara berjemaah ataupun bersendirian sahaja. Lakukannya secara berterusan. Sentiasa juga
berdoa agar UMNO dan BN dihancurkan di dalam pilihanraya yang ke 10 nanti. Bedoa juga agar Barisan Alternatif memperolehi kejayaan yang gilang gemilang
serta berjaya menubuhkan kerajaan baru di Malaysia tanpa menghadapi gangguan daripada anasir ganas oleh UMNO dan BN.
- Adakan ceramah-ceramah kecil dikedai-kedai kopi dan dirumah-rumah.
- Dedahkan 6 kotak rahsia. Pastikan pendedahan tersebut diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Biar semua rakyat tahu bahawa "Inilah keDURJANAan dan
pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN".
- Jangan baca suratkhabar fitrnah terbitan UMNO dan BN. Tutup TV anda. Hindarkan diri daripada agensi-agensi fitnah kerajaan yang diUMNOkan seperti Jabatan
Penerangan, KEMAS dan BTN. Di dalam tempoh 2 minggu sebelum pilihanraya, media dan agensi kerajaan yang diUMNOkan tersebut sudah menjadi HYPER GILA. Gilanya
bukan lagi gila biasa tetapi GILA BABI J.E. Pelbagai berita fitnah yang pelik, aneh dan gila terdapat di sana. NELL ONN telah menjadi pemula segala
GILA.
Selamat Berjuang.
Alaf Baru - Kerajaan Baru - Malaysia Baru
AWANG LEPUK