|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
KITA JANGAN TERLALU YAKINAssalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana telah membuka hati serta pemikiran ramai umat Islam dan
bukan islam di Malaysia untuk memberikan sokongan kepada parti Alternatif dalam pilihanraya umum nanti. Namun demikian kita perlu berwaspada, melalui
pengalaman saya dalam beberapa pilihanraya yang lalu, kita parti BA umumnya, atau lebih spesifik lagi parti PAS pada beberapa hari sebelum pembuangan undi
sering berkata "kita sudah sedap duduk". Keyakinan ini adalah berdasarkan sama ada hasil culaan atau hasil pengamatan secara rawak.
Baru-baru ini saya telah pulang ke negeri asal saya iaitu Terengganu, kampong saya adalah dalam DUN Batu Rakit, Parlimen Setiu. Insa' Allah DUN Batu Rakit akan dapat ditawan oleh BA dalam pilihanraya umum nanti, ini adalah kerana beberapa kubu kuat UMNO seperti di Bukit Wan, Linggai dan Pulau Redang telahpun pecah. Di kampung saya sendiripun, ramai orang yang dulunya UMNO pekat telahpun menyokong BA. Apa yang saya ketahui mereka-mereka ini adalah antara yang mempunyai pengaruh yang agak kuat di kampung saya. Saya berpendapat jika kampung saya sendiri ramai di kalangan UMNO pekat telah berpaling menyokong BA, keadaan sedemikianpun berlaku di kampung-kampung lain dalam negeri Terengganu dan di Malaysia amnya. Perkembangan inilah yang memberikan keyakinan bahawa kemenangan akan berpihak kepada BA. Apa yang membimbangkan saya ialah dengan keyakinan itu menyebabkan usaha kita menurun, kita mestilah berusaha dengan lebih gigih lagi untuk terus mengekalkan prestasi yang sedia ada. Satu perkara lagi yang perlu di ambil perhatian ialah ada di kalangan mereka yang berjanji akan mengundi BA itu belumpun mendaftar sebagai ahli BA, dengan kata lain meraka ini masih lagi ahli UMNO. Golongan ini masih mempunyai hubungan dengan kawan-kawannya di dalam UMNO. Pendirian golongan ini untuk menyokong BA masih belum kukuh lagi, penyokong-penyokong BA perlu mengajak golongan ini untuk masuk markas BA supaya ia akan dicap oleh kawan-kawannya dalam UMNO telah menyokong BA. Perdengarlah kepadanya kaset-keset yang berupa pujukan, seperti kaset Ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus dll. juga kaset pembongkaran konspirasi Mahadhir ke atas DSAI oleh Raja Komando. Jika mereka kata malu untuk masuk ke dalam markas BA, penyokong BA yang berpengaruh perlu melawat rumahnya beberapa kali sebelum hari pembuangan undi ataupun membawa mereka ini minum teh sambil berbual untuk menanamkan keyakinan kepada BA. Kita telah ketahui bahawa BN akan mengempur dengan lebih dahsyat ke atas 4 negeri yang kita telah yakin akan mencapai kemenangan, ia akan menggunakan apa sahaja helah untuk menarik pengundi agar menyokongnya. Di malam terakhir sebelum pembuangan undi adalah malam yang paling penting, gerak gempur BA mestilah berkawal di setiap jalan masuk ke kampung, tahan kenderaan yang disyaki dan jangan biarkan ia lepas masuk ke dalam kampung. Ingat pada malam-malam terakhir inilah pihak BN akan menabur segala habuan untuk memancing pengundi. Bersama-samalah kita berusaha dengan lebih gigih untuk menjamin kemenangan BA di Malaysia, Insa' Allah. ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR ... AMIN YA RABBAL ALAMIN.
BARISAN JIHAD
|
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|