Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

 

SAH, HUSNI, NAZRI TERSINGKIR!!

Ahli Parlimen Tambun Hj. Husni Hanadzlah dan ADUN Manjoi, Nazri Ismail adalah antara calon BN yang tersingkir sebagai pencalonan semula di pilihanraya umum ke 10 nanti.

Penamaan calon akan berjalan di Tingkat 1, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 20 November nanti pasti memuramkan suasana di kalangan para penyokong kuat kedua-dua AP dan ADUN berkenaan.

Husni dan Nazri sebelum ini adalah dalam team B UMNO (iaitu kem DSAI). Husni pernah hadir ke rumah DSAI selepas pemecatannya sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Tetapi demi masa depan politik, beliau sanggup membiarkan DSAI menghadapi hari muka dengan beberapa orang kerat yang masih setia kepadanya.

Setelah disingkir, Husni dan Nazri baru merasakan tinggi rendahnya langit. Penduduk kawasan Parlimen Tambun akan menghina  kamu kerana mengkhianati perjuangan dan memihak kepada Maha Zalim itu.

Sebagai diktator yang kejam, Maha Zalim tidak akan memberikan ruang dan peluang kepada anda berdua. Husni, Nazri.. bertaubatlah anda. Sertailah perjuangan keadilan dan menegakkan kebenaran. Jika anda berbuat demikian anda mungkin diterima kembali oleh masyarakat Lembah Kinta.

Minda Rakyat katakan bahawa anda berdua sudah cukup popular di kalangan penduduk Kawasan Parlimen di sini. Tetapi anda berdua memilih perjuangan 'taghut' dan menentang arus kebangkitan rakyat. Justeru itu anda akan menerima penghinaannya sehingga bercerai roh dan jasad anda.

Husni, Nazri... bertaubatlah!!!!

TAKBIR !!!!!

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 17 November, 1999