Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

 

RADZI DAN RAMLI GANDINGAN BARU!!

Ketua UMNO Cawangan Changkat Lada terpaksa lari lintang pukang apabila hampir 90 peratus ahli UMNO cawangan tersebut yang seramai 550 orang itu menyertai BA. Lantaran kedudukan yang terancam maka beberapa kali beliau menemui Maha Firaun @ Maha Zalim itu menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang ahli Parlimen pula.

Syarat Maha Zalim itu terlalu mudah, iaitu carilah di mana sahaja kawasan Parlimen dan bertandinglah di situ. Jika anda menang maka beliau akan melantiknya sebagai Menteri di peringkat persekutuan sesuai dengan 'title' Ahli Parlimen itu.

Maka dengan kuasanya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak maka sudah tentu Parlimen Tambun menjadi sasaran. Kenapa? Ia kerana ada undi pos seramai 7,000 yang akan memberikan kelebihan kepada beliau.

Ramli Marcos akan bertanding sebagai calon Ahli Parlimen di Tambun. Manakala kerusi ADUN Manjoi yang dikosongkan akibat pembubaran Parlimen 11 November lalu akan ditandingi oleh Radzi Manan, Pengerusi LIMA.

Ramli Marcos mempunyai rekod yang buruk dalam 15 tahun pentadbiran kerajaan negeri Perak. Semasa pentadbiran beliau aktiviti rasuah begitu menular di kalangan kakitangan kerajaan terutama pejabat yang berpotensi 'membuat wang' seperti Pejabat Tanah, PTG dan Pejabat Hutan.

Banyak tanah digadaikan sebagai memenuhi agenda pembangunan kerajaan BN tetapi apakah pembangunan yang anda saksikan di negeri Perak. Jawapannya mudah sahaja dan jangan peningkan kepala anda. Undi sahaja BA dalam pilihanraya nanti.

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 17 November, 1999