Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

 

PENGUMUMAN PENTING!!!

Sebagai memenuhi agenda serangan kita dalam Perang Jihad kita kali ini, Minda Rakyat mengalu-alukan pandangan anda tentang kredebiliti, karisma dan keperibadian calon BN yang akan diumumkan pada 20 November nanti.

Umpamanya Minda Rakyat mempunyai wartawan di dalam Parlimen Tambun yang kini banyak memberikan padangannya berhubung isu yang berlaku semasa perjalanan pilihanraya kawasan parlimen ini.

Begitu juga di Parlimen Larut serta Parit Buntar MR mempunyai wartawan yang akan melaporkan aktiviti pilihanraya dan perkembangan mutakhir politik di sana. Namun kawasan Parlimen lain seperti Parit dan Pasir Salak, wartawan MR di sana tidak begitu aktif. Bagi lain-lain kawasan DUN dan Parlimen MR masih mencari wartawan yang boleh membantu menyalurkan maklumat.

Jika anda seorang mujahid sejati dan terbaca pengumuman ini, tidak kira anda siapa pegawai awam atau orang biasa, sila kemukakan laporan perkembangan politik mutakhir di kawasan yang tidak ada lagi wartawan MR dan anda dilantik menjadi wartawan MR bagi kawasan berkenaan.

Anda tidak perlu bimbang kerana anda tidak akan dikesan kerana semua maklumat yang diterima akan ditapis untuk kepentingan keselamatan diri anda. Sila bertindak sekarang, jadilah pelapor atau wartawan MR di seluruh negeri Perak. Jika demikian anda telah melakukan satu jihad terbilang untuk agama Allah. Jihad alaf ini tidak memerlukan anda menghunus mata pedang kerana sudah terbilang 'mata pena itu lebih tajam dari mata pedang'.

Bertindak segera laporkan perkembangan mutakhir di kawasan anda agar rakyat negeri Perak di seluruh dunia khasnya, dan warganegara Malaysia amnya dapat mengikuti siri pilihanraya yang berlaku di negara kita seolah-olah mereka juga ada bersama.

Minda Rakyat 

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 17 November, 1999