Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

 

Indeks KLSE: Kenapakah indeks KLSE tidak mampu naik? 

Walaupun dijamin oleh kerajaan bahawa ekonomi sudah pulih dan pelbagai galakan yang diberikan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi, indeks KLSE masih lemah tidak bermaya. 

Semenjak pengumuman belanjawan oleh Daim, indeks sentiasa menjunam selama lebih seminggu kecuali dalam satu hari ianya naik beberapa mata kemudian turun kembali. Malah ianya sedang menunjukkan kenaikkan beberapa hari sebelum belanjawan dan mula menjunamnya pada saat Daim mula membentang penipuan belajawannya yang tidak relevan lagi di parlimen. 

Kemudian apabila, Mahathir mengumunkan parlimen dibubar, saham telah melonjat seketika tetapi kembali menurun hingga ke paras yang lebih rendah. Apakah agaknya punca kemorosotan indeks KLSE? 

Ramai penganalisis saham dan mereka yang mencari makan dengan menjual beli saham mengeluh perihal apa yang sedang berlaku. Mereka mengatakan dengan tuduhan bertubi-tubi dan amaran bahawa pengikut DSAI dan penyokong parti pembangkang akan mengadakan rusuhan selepas pilihanraya telah memberi suatu amaran serta ketakutan kepada para pelabur. Kebanyakan mereka menjauhkan diri dari pasaran.

Ini amat ketara. Sebagai contoh, jumlah saham yang diniagakan semalam tidak pun mencecah 100,000 lot sedang hari ini hanya berjumlah 118,388 lot dan indeksnya turun lagi. Ini amatlah jauh berbeza dengan jumlah di hari-hari yang rancak sebelum ini walaupun dalam keadaan kelembapan ekonomi. Jumlah lot yang diniagakan mencecah 300,000 lot. Malah di masa ekonomi memuncak dulu jumlah setengah juta lot saham diniagakan sehari adalah menjadi kelaziman. Adakah pelabor takut dengan kemungkinan PAS/KeADILan/DAP/PRM dan pengerak-pengerak reformasi akan melakukan rusuhan seperti apa yang dikatakan oleh Mahathir? 

Menurut mereka yang terlibat dengan saham lagi ialah, mereka percaya, dengan kesungguhan Mahathir menyatakan perkara rusuhan yang akan berlaku itu di media setiap hari, maka mereka yakin bahawa Mahathir sudah bertekad untuk mengadakan rusuhan tersebut dan akan menuduh pihak Alternatif yang memulakannya. Itu sudah menjadi amalan Mahathir. Bila dia gembar-gemburkan maka ianya akan menjadi kenyataan. 

Sebelum DSAI dipecat, dia dan ramai lagi pemimpin UMNO lain sibuk memperkatakan perihal suatu tindakan drastik perlu diambil – kemudian jelaslah pemecatan DSAI lah yang dimaksudkan. Tujuan Mahathir ialah supaya awal-awal lagi dia memahatkan perkara ini akan berlaku dan Alternatif akan dituduhkan. Jadi bila Mahathir mengarah penganas-penganasnya melakukan rusuhan itu nanti (dengan disediakan jurukamera TV3 bagaikan berlakon) – mudah dia menuduhkan Alternatif bagi membenarkan amarannya sebelum ini. 

Sekian. 

Ibrahim Baba 
17 November, 1999

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 17 November, 1999