|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
KEADILAN BUKAN BERERTI SAMA BANYAKTahniah kepada Parti KeADILan dan DAP serta PRM kerana memahami konsep keadilan sebagaimana syariat Islam. Keadilan bukan bererti sama banyak. Keadilan lebih bermaksud meletakkan sesuatu itu ditempat yang sewajarnya. Justeru itu konsep keadilan BA dalam pilihanraya umum 29 November sangat digeruni oleh BN. Mereka memomokkan 'kununnya' DAP begitu bodoh kerana bersetuju memangkah PAS. Begitu juga dengan kerusi PKN di Kedah yang diberikan cuma satu sahaja; yang mana ianya menjadi isu kepada BN menghentam PKN yang disifatkannya sebagai bodoh. Minda Rakyat ingin mengucapkan tahniah di atas Gabungan Barisan Alternatif kerana berjaya menghayati konsep keadilan sebenar menurut perspektif Islam. Jika semagat ini dibawa ke dalam pilihanraya dan seterusnya apabila menubuhkan kerajaan nanti, MR percaya bahawa Malaysia akan terus maju dan makmur serta menemui perpaduannya yang sejati di bawah Kerajaan Baru ... ALTERNATIF!!! UNDILAH BARISAN ALTERNATIF ... PAS/DAP/PKN/PRM |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|