|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
HENDAK PILIH MAHATHIR 5 TAHUN LAGI?Selama 42 tahun kita telah menyaksikan pelbagai gelagat pemimpin-pemimpin UMNO dalam kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan 4 orang Perdana Menteri. Sejarah telah menunjukkan kepada kita bahawa dibawah setiap Perdana Menteri ini berlakunya beberapa rentetan peristewa yang sedikit sebanyak telah mengugat keyakinan masyarakat terhadap kerajaan yang memerintah. Namun demikian biarpun apa masalahnya BN terus dipilih untuk berkuasa dengan majoriti yang besar dalam setiap pilihanraya. Apabila Datuk Seri Dr.Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri 17 tahun yang lalu, rata-rata rakyat mengalu-alukan kehadiran beliau sebagai seorang pemimpin yang berwawasan tambah pula dibantu oleh timbalannya, Datuk Musa Hitam. Pasukan 2M ini telah melahirkan satu harapan baru kepada rakyat jelata. Apabila Datuk Musa Hitam meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), diikuti En.Ghaffar Baba yang memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menjawat jawatan TPM dan berakhir dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan TPM disusuli episod DSAI diaibkan dengan berbagai tuduhan rasuah dan sodomi yang tidak terbukti sehingga kini,dipukul serta ditelanjang bulat dan diheret macam binatang di Bukit Aman, kepercayaan masyarakat, khususnya orang-orang Melayu terhadap pemerintahan BN, khasnya pemimpin-pemimpin UMNO mula dipersoalkan? Rakyat, khususnya orang-orang Melayu yang dahulunya melihat dan menganggap BN dan UMNO sebagai pembela ketuanan Melayu, mula sangsi serta curiga dan mula bertanya apakah BN dan UMNO ini benar-benar memperjuangkan dan mempertahankan ketuanan Melayu serta membela nasib rakyat jelata umumnya? Dalam tempoh 17 tahun pemerintahan Dr.Mahathir, rakyat jelata telah menyaksikan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diporak perandakan, badan kehakiman diperkosakan dan penyakit rasuah menular dikalangan pemimpin UMNO dan rakan sekutunya secara berleluasa, keghairahan politik wang, kronisma dan skandal seks, serta pilih kasih dalam pemberian kontrak dan tender dan juga tidak lupa akan keyakinan terhadap polis yang telah menyalahgunakan kuasanya, menyebabkan rakyat,khusus orang-orang Melayu telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan BN,terutamanya UMNO yang dianggap mereka sebagai benteng pertahan kepentingan orang-orang Melayu. Wakil-wakil rakyat BN dikatakan orang yang berwibawa, berpendidikan tinggi dan berdedikasi kepada masyarakat, sentiasa menunjukkan sifat rendah diri, sanggup berkorban apa saja, dan perihatin terhadap masalah rakyat. Tetapi, setelah dipilih, rupa pun tak nampak, suara pun tak dengar,masalah rakyat terlupa, kerana asyik mengaut kekayaan dari projek yang berganda-ganda. Parlimen dijadikan macam pasar malam untuk wakil-wakil rakyat BN menjerit, mencela dan menghina pihak tertentu yang tekun memperkatakan sesuatu isu.Oleh kerana majoriti yang diperolehi BN itu adalah lebih daripada 2/3 maka BN boleh melakukan apa saja yang mereka suka, termasuk meminda perlembagaan sesuka hati mereka, membuat undang-undang ikut budi bicara mereka.Wakil-wakil rakyat BN ini adalah YES-man semata-mata. Pembubarkan Parlimen semasa persidangan belanjawan adalah sesuatu yang luar biasa tetapi tiada undang-undang yang mengatakan ia tidak boleh dilakukan. Menurut Perdana Menteri, kerajaan baru akan membentangkan belanjawan baru selepas pilihanraya nanti. Jika BN menang dengan 2/3 majoriti lagi adakah segala janji-janjinya akan ditunaikan? Kerajaan baru BN boleh menangguhkan janji-janji itu kerana keadaan kegawatan ekonomi negara yang masih belum pulih lagi. Oleh itu fikirlah semasak-masak bila saudara-saudari mengundi nanti. Kalau pangkah BN, untuk lima tahun lagi saudara saudari akan berhadapan dengan Dr. Mahathir, Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik, Megat Jonid Megat Ayob, Samy Vellu, Ling Liong Sik dan lain-lain, orang yang sama, muka yang sama, dan perangai pun sama! Kalau pilih Barisan Alternatif (BA),kita ada satu kerajaan yang baru, PM baru, muka-muka baru,seperti Ustaz Fadhil Noor, Abdul Hadi Awang, Wan Azizah Wan Ismail, Dr.Chandra Muzaffar, Ezzam, Syed Husin Ali, Lim Kit Siang, Dr.Chan Man Hin dan lain-lain Kita lihat bagaimana mereka memulihkan badan-badan eksekutif, kehakiman dan legislatif mengikut lunas-lunas demokrasi sebenarnya. Hak mengundi terletak di tangan saudara-saudari, gunakanlah dengan bijak, jangan biarkan pisang berbuah dua kali! Dacing (BN) sudah tidak relevan lagi, pilihlah bulan purnama(PAS), mata lebam (Keadilan), roket (DAP) dan seladang gagah (PRM), sebagai alternatif saudara-saudari! ALI ALLAH DITTA |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|