Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

 

MENGUNDILAH WALAU SEJAUH MANA PUSAT MENGUNDI ANDA!!

Walau pun anda bertugas di Perlis, sedangkan pusat pengundian anda di Johor, MR menyeru kepada anda penyokong keadilan dan kebenaran di negara ini supaya mengundilah walau sejauh mana pusat pengundian anda. Anggaplah harga tol dan minyak kereta anda pada perjalanan itu sebagai jihad anda kepada ugama Allah.

Jihad kini menjadi satu kewajipan (fardu ain) dan untuk menjelaskan kedudukan ini anda boleh rujuk kepada guru yang muktabar. Namun untuk mempersia-siakan undi anda jangan sekali-kali. Jangan berkata, undi aku cuma 1 tak kan boleh kalah kerana satu undi itu, atau boleh menang kerana 1 undi itu?

Apa akan jadi kalau 1000 orang bersikap seperti itu? Tidakkah itu menjejaskan 1000 undi anda kepada alternatif. Justeru itu bersikap positiflah biar siapa pun anda. Anda pengurus bank, pegawai awam, kakitangan awam atau swasta atau ahli perniagaan sekali pun maka tinggalkanlah tugasan anda hari itu iaitu 29 November 1999.

Marilah kita bersama menjadikan 29 November 1999 satu era baru dalam sejarah politik orang Melayu di negara kita bahawa kita tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kezaliman, walaupun ia mengenepikan bangsa Melayu sendiri.

Disisi Allah bukan bangsa menjadi ukuran. Ketinggian ilmu, keimanan, kejituan jihad, yang menjadi aset paling berharga untuk dinilai oleh Allah swt. Akhirnya MR menyeru anda, anggaplah 29 November sebagaimana sambutan hari raya yang menyebabkan kita bersama menyambut kedatangannya.

Pulanglah di hari pilihanraya!!!

UNDILAH BARISAN ALTERNATIF

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 18 November, 1999