Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

POLIS PERLU SIASAT KENYATAAN MAHATHIR!!!

Pihak Kementerian Dalam Negeri seharusnya mengambil berat di atas provokasi yang sering dilakukan oleh Presiden UMNO Mahathir Mohamad dengan menyiasat kenyataannya secara terperinci.

Mutakhir ini Presiden UMNO itu seringkali mengucapkan kata-kata bahawa 'huru-hara' akan berlaku dan pihak KeADILan akan memulakan rusuhan kerana mereka akan kalah teruk!

Persoalannya; bagaimana Mahathir tahu Parti KeADILAN akan mengalami kekalahan teruk sedangkan penamaan calon pun belum dijalankan. Kedua, apakah Mahathir mahu mendahului Tuhan mengatakan rusuhan akan berlaku sedang 29 November masih jauh lagi?

Apakah Kementerian Dalam Negeri di bawah Pak Lah hanya berdiam diri atas sikap Presiden UMNO itu memprovokasi rakyat? Di manakah peranan KDN dan seluruh duna menyaksikan perbuatan Mahathir dan sikap membisu KDN dalam hal ini.

Presiden UMNO itu mengulangi lagi provokasi tersebut dan ucapannya disiarkan oleh TV3 malam ini (17 November 1999).

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 20 November, 1999