Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

Ekoran Syarikat Tan Sri Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad Diperintah Gulung Tikar

Lanjutan laporan di dalam internet (https://members.tripod.com/~doimoi99/dm2210wan.html, dan di laman-laman lain) berhubung syarikat Wan Mokhtar bersama Mat Nor Taja (Syarikat Mohd Nor Yusof – SMNY) yang telah diperintah gulung tikar oleh mahkamah, beberapa pihak dalam UMNO kini risau akan implikasinya terhadap kempen dan bilik gerakan mereka. Ini memandangkan kerana Mat Nor Taja adalah Bendahari UMNO di situ. Segala perbelanjaan dan peruntukan pilihanraya tertumpu kepadanya. Mat Nor Taja pernah mengaku memegang amanah wang parti yang berjuta ringgit (ketika saya bersama beliau dalam kempen tahun 1990). 

Saya telah difahamkan bahawa Mat Nor Taja telah mengarahkan peguamnya untuk memohon penangguhan perlaksanaan perintah mahkamah (staf for execution). Sebab utama Mat Nor terpaksa memohon penangguhan tersebut ialah kerana jika perintah gulung tikar terhadap SMNY dilaksanakan maka operasi Bilik Gerakan UMNO di situ akan lumpuh. Segala sumber kewangan dan dana yang ada akan dibekukan. Habis tak berjalan kempen kali ini. Syarikat Mohd Nor Yusof (SMNY) Sdn. Bhd. telah didaftarkan pada asalnya pada nama Mohd Nor Yusof (Taja) dan Wan Mokhtar Ahmad dengan berdaftarkan di alamat rumah lama Wan Mokhtar di Kemaman Terengganu. 

Kini, nama Wan Mokhtar sudah tiada lagi disenaraikan sebagai pemilik rasmi saham SMNY tetapi umum ketahui bahawa pemilikan saham asal oleh Wan Mokhtar telah pun ditukar nama kepada nominee beliau. Dengan pernulaan perniagaan SMNY dan pemilikan saham di atas nama Wan Mokhtar sendiri diperingkat awal mengesahkan bahawa memang sahih bahawa Menteri Besar tersebut memang mempunyai kepentingan di dalam SMNY. Saya akan cuba dapatkan tarikh bila peguam SMNY akan memfailkan permohonan tersebut. 

Kepada penyokong PAS/KeADILan di Kemaman, termasuk ramai ahli UMNO yang kurang senang dengan Ayah Wan dan Mat Nor, marilah ramai-ramai kita berkumpul di mahkamah pada hari permohonan tersebut dibuat nanti. Saya juga dimaklumkan bahawa semasa PM panggil semua MB untuk membubar parlimen, Ayah Wan minta tangguh sebab dok sedia lagi. Ada yang kata sebab Tabung dan jentera Bilik Gerakan UMNO Kemaman tersepit sebab perintah mahkamah ini. 

Sekian. PAStikan BA memerintah Terengganu. 

oleh Saudara kepada Arwah Dato’ Wan Kadir (Adik ipar Wan Mokhtar)
(Sesudah 26 tahun aktif dengan UMNO kini sudah setahun cekal bersama PAS)

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 20 November, 1999