Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

JANGAN MENUDUH TANPA BUKTI

Kegemaran pemerintahan BN menuduh dan menjatuhkan kesalahan dengan cepat sebelum membuktikan kesalahan merupakan satu jenayah terhadap undang-undang negara ini dan pelanggaran sistem demokrasi yang diamalkan.

Menurut falsafah demokrasi Malaysia: SESEORANG TERTUDUH ITU TIDAK BERSALAH SELAGI MAHKAMAH ATAU PIHAK PENDAKWA GAGAL MENGEMUKAKAN  BUKTI BAHAWA BELIAU BERSALAH.

Apa sebenarnya yang diamalkan oleh perintahan kerajaan BN adalah sebaliknya iaitu SESEORANG YANG DITUDUH ATAU DISYAKI BERSALAH ITU DIANGGAP BERSALAH SEHINGGALAH BELIAU MEMBUKTIKAN DIRINYA TIDAK BERSALAH.

Amalan sedemikian adalah mirip kepada pemerintahan komunisme yang diamalkan di Russia dan China. Justeru itu Kementerian Dalam Negeri perlu lebih efisyen supaya jangan hanya bertindak atas arahan politik semata. Tan Seri Norian Mai perlu lebih menghalusi soal pencemaran dan pelanggaran undang-undang dan sekiranya ada bukti bahawa Kerajaan mengamalkan komunisme maka perlu ditangkap si pencetus tuduhan dan pengamal falsafah atau idealisme tersebut.

Umpamanya kejadian curi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bandar Tun Razak supaya jangan dikaitkan dengan isu pilihanraya sebelum pihak polis melakukan penangkapan dan penyiasatan terperinci.

Media telah menggembar gemburkan bahawa kejadian itu ada kaitannya dengan pilihanraya umum,meski pun pihak polis belum membuat sebarang kenyataan. 

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 20 November, 1999