|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
MAHATHIR PROVOK LAGI ALTERNATIFPresiden UMNO menggunakan kuasa media untuk memprovok parti lawannya dengan tuduhan pembangkang akan mengadakan huru hara dalam siri perjalanan pilihanraya umum 29 November nanti. Sementara itu Kementerian Dalam Negeri seperti sebuah jabatan yang bisu hanya membiarkan Presiden UMNO itu melakukan jenayah secara terang-terangan, tanpa menangkapnya atau menyoalsiasatnya. Ini membuktikan bahawa KDN tunduk di bawah Kerajaan BN. Persekongkolan itu amat jelas dalam kes fitnah DSAI. Presiden BN itu disifatkan sebagai berkata: "Kita memang menjangka akan adanya cubaan untuk mengganggu kelancaran perjalanan pilihan raya itu daripada pihak pembangkang, terutama beberapa hari sebelum mengundi setelah menyedari harapan mereka untuk menang adalah tipis," kata Dr Mahathir pada pertemuan dengan para pengarang media massa tempatan di pejabatnya di Putrajaya, semalam. Rakyat menilai perbuatan KDN dan Presiden UMNO yang tua dan nyanyuk itu seperti dua orang pelakon yang sedang bersandiwara di pentas politik sementara 'kebenaran' hanya menjadi penonton drama tersebut. |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|