|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
RAKYAT TIDAK PERCAYA PEMBANGKANG MULAKAN RUSUHANTinjauan di kalangan pemerhati politik tempatan mendapati golongan rakyat bawahan tidak percaya langsung dengan provokasi pimpinan kerajaan BN bahawa pembangkang akan mengadakan rusuhan sekiranya mereka kalah pada pilihanraya umum 29 November ini. Ini adalah kerana mereka menyedari bahawa sembilan kali pilihanraya umum berlangsung, tiidak pernah tercetus dalam sejarah politik negara pembangkang terutamanya PAS melakukan perbuatan sedemikian. Justeru itu rakyat amat yakin bahawa sekiranya kalah PAS dan gabungan Parti Alternatif menerimanya dengan tangan terbuka. Sebaliknya BN yang telah memenangi pilihanraya negara sejak 9 kali yang lalu perlu berhadapan dengan realiti dan kekuatan yang dimiliki oleh pembangkang dalam pilihanraya umum ke 10. Jika sekiranya terjadi huru hara ia mungkin datang dari pihak yang tidak pernah kalah (BN) dan bukannya cetusan parti pembangkang yang sudah sebati dengan kekalahan. Mungkin kerana tidak boleh menerima erti kekalahan, rakyat amat bimbang BNlah yang akan mencetuskan huru hara, sebagaimana provokasi yang sering dilakukan oleh Presidennya Maha Firaun itu. |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|