Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

PEKERJA MENGANTUNG KAIN RENTANG BN MAUT DALAM KEMALANGAN ANTARA KERETA DAN LORI BALAK

 

SG SIPUT (U)– 19 NOV 1999 Seorang pekerja BN yang ditugaskan untuk mengantung bendera dan kain rentang sempena pilihanray ke 10 ini telah terlibat di dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa beliau antara kereta dan sebuah lori balak. 

Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang dari arah Kuala Kangsar ke Sg Siput. Beliau yang berketurunan India dikenali sebagai ‘Kapten’ di kalangan pekerja dan kenalan beliau adalah ketua pengantung kain rentang ini yang diupah BN (kemungkinan besar oleh Samy Vellu yang akan bertanding untuk parlimen Sg Siput menentang calon DAP).

Nampaknya banyak benor tanda-tanda kejatuhan BN di Sungai Siput . Sebenarnya bukan kejadian ini saja, dengar khabar orang-orang kuat bakal calon-calon BN-UMNO untuk DUN Lintang, sudahpun bermasam muka antara satu sama lain apabila kerana tidak berpuas hati apabila orang yang mereka harapkan untuk menjadi calon BN-UMNO untuk menentang calon BA di DUN Sg Siput tidak dipilih oleh DR M.

Sebaliknya Orang lain yang sudah tidak ‘gelemer’ lagi masih mewakili BN-UMNO iaitu HJ Fadhil yang mempunyai sebuah ‘mahligai’ di atas tanah wakaf masjid sg Siput (masih dalam pembinaan). Nampaknya orang-orang kuat Dr Shamsul Anuar dari Felda Lasah, Sdr Nouri yang berasal dari Parit Buntar, Sharifah Tamim dan Sdr Adam bekas veteran UMNO Sg Siput dah merajuk. 

Aduhai itulah semangat orang UMNO , masing-masing buat kerja untuk kepentingan masing-masing. Kalau macam inilah keadaannya CONFIRM BN akan tumbang untuk pilihanaraya di Sg Siput nih. OK Samy Vellu, Hj Fadhil Say good bye to your dirty world. Hj Fadhil eloklah berundur, cukuplah menipu rakyat….. 

Rakyat rata-rata dah sedor ler……

ittihad

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 20 November, 1999