|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
MAHATHIR GUNA PLAN B TENTERAMKAN BN PERAKMaha Firaun terpaksa menggunakan plan B bagi menteramkan kedudukan BN negeri Perak apabila plan A yang sepatutnya diistiharkan pagi ini mengujudkan kekerohan dan pergolakan dalam UMNO Perak. Berikutan itu Ramli Marcos yang sepatutnya bertanding di Parlimen Tambun terpaksa berpindah ke Parlimen Pasir Salak yang dikosongkan oleh Megat Junid. Menteri Ayam itu terpaksa beradu nasib di Parlimen Parit yang khabarnya cukup ekstrim kepada PKN. Nasib kedua-dua Ramli dan Megat bagaimana pun bukanlah cukup selamat di kawasan tersebut. Sementara itu perpecahan UMNO Tambun khususnya agak reda selepas Husni dan Nazri kembali dicalonkan kekal dikerusi masing-masing. Bagaimana pun penganalisis politik tempatan kedua-dua mereka tidak cukup gagah untuk menandingi kebangkitan rakyat terutamanya Manjoi yang dihantui oleh bilangan anggota PKN yang cukup ramai. 29 November akan menyaksikan bahawa pertandingan satu lawan satu antara BA dan BN yang insyaAllah menyaksikan kebangkitan rakyat menghukum kedua AP dan ADUN tersebut. |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|