Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

SEDIKIT MENGENAI RAJA 'MAMAT' YANG PERLU ANDA KETAHUI

Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Raja Mamat) mula bertanding di kerusi DUN Batu Kurau pada siri pilihanraya umum 1985. Pada ketika itu beliau menjadi Setiausaha Politik kepada Ramli Marcos bersama Mohamad Zaim Abu Hassan yang ketika itu bertugas sebagai Setiausaha Sulit.

Raja Mamat mempunyai beberapa peristiwa yang patut anda semua ketahui. Beliau merupakan seorang yang mudah lupa janji kepada sesiapa sahaja meskipun anda seorang yang begitu penting kepadanya. Bukan itu sahaja, sebagai memiliki keperibadian 'bapa borek, anak rintik', Raja Mamat juga seorang yang tamak kepada 'daki dunia' dan sanggup mencurahkan pasir ke dalam periuk nasi anda.

Satu peristiwa yang saya tidak lupakan ialah perbuatan Raja Mamat ini ketika mula berkempen sewaktu bertanding dalam pilihanraya 1985. Beliau menubuhkan satu 'team' untuk berkempen. Tiga bulan sebelum pembubaran parlimen, kerja-kerja berkempen sudah dijalankan di Kawasan Batu Kurau dan Selama. Beliau mula bertanding atas calon ADUN Batu Kurau, manakala Kassim Mahmud di DUN Selama.

Raja Mamat ini diperingkat awal memang tidak digemari oleh penduduk Selama. Sebab itulah beliau bertanding di Batu Kurau. Kepada pasukan kempennya Raja Mamat menjanjikan mereka sebuah proton dan konsesi balak setiap seorang, seandainya beliau menang.

Dengan takdir Allah maka beliau ditakdirkan menang. Maka setiap ahli dalam teamnya menuntut janji yang diikatkan terdahulu. Saya mempunyai seorang yang dikenali dalam team tersebut. Beliau sebagai penjawat awam (Office Boy) dan turut dalam team berkempen untuk Raja Mamat.

Hamba Allah ini sungguh bekerja keras kerana terpikat dengan janji Raja Mamat. Memang nasibnya sepatut menerima habuan sebagaimana dijanjikan. Tetapi setelah Raja Mamat bergelar YB, Raja Mamat sukar lagi untuk ditemui. HamBa Allah ini mempunyai seorang isteri dan lima anak. Semasa beliau membantu Raja Mamat berkempen, beliau mengambil risiko yang tinggi meninggalkan anak dengan isterinya dan pulang hingga lewat pagi.

Sebagai pegawai rendah awam beliau terikat dengan hutang yang tidak dapat dibereskan apalagi sewaktu berkempen. Apabila beliau merujuk masalah dan janjinya kepada Raja Mamat, tiada respon sebagaimana janji awal oleh Raja Mamat kepada beliau.

Diringkaskan cerita perbalahan timbul antara suami isteri hamba Allah ini kerana penglibatan suami dalam aktiviti politik bersama Raja Mamat. Nafkah zahr batin terabai dibereskan oleh insan yang bersimpati dengan isterinya. Akhirnya hamba Allah itu gagal menyelamatkan rumahtangganya. Raja Mamat tak ambil peduli pun. Proton tiada, balak entah kemana.

Seperkara lagi Raja Mamat suka menipu anak buahnya. Apabila mereka datang menemui Raja Mamat untuk recommendation kawasan balak, apa yang sering dilakukan, Raja mamat akan memohon di atas kawasan yang sama dan membolot kawasan balak berkenaan. Perkara ini bukan sekali dua. Pernah Raja mamat hampir ditembak oleh seorang Konstabel Polis yang memohon kawasan balak di Ijok berhampiran kawasan felda. Apabila bertemu Raja mamat, beliau sekali lagi mengulangi janjinya membantu, tetapi kemudian menindih permohonan konstabel berkenaan.

Apabila mengetahui ditipu, konstabel berkenaan hampir menembak kepala Raja Mamat. Inilah sedikit paparan yang dikemukakan untuk  anda pengundi daerah Larut. Sebenarnya, tanpa cerita sebegini pun anda memang sudah kenal Raja Mamat. Seorang yang bengis, sombong dan meninggi diri. Beliau hanya rendah 5 tahun sekali. Ketika itu semua hendak disalamnya terutama pada pagi penamaan calon.

Pendedahan sebegini perlu untuk anda menimbangkan seseorang calon dalam sebuah kerajaan yang zalim lagi rakus terhadap harta rakyat. Jika anda masih mahu bersekongkol dengan kezaliman terserah... 

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 20 November, 1999