|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
HUSNI BOHONGI PENDUDUK CHEMORHaji Ahmad Husni Hanadzlah memiliki keperibadian yang lembut dan bersopan. Namun di sebalik keperibadiannya itu terserlah kepuraan dan sikap pembohong dan pembelit sesuai dengan keperibadian yang diperlukan oleh kerajaan BN pimpinan Maha Zalim itu. Mangsa yang terbarunya ialah sekumpulan penduduk Islam Chemor. Terdapat sekeping tanah kerajaan yang kosong seluas 13 hektar, telah dipohon oleh penduduk Tanah Hitam, Chemor bagi tujuan mendirikan masjid dan selebihnya sebagai penempatan RPT bagi memakmurkan masjid berkenaan. Permohonan pertama tanah berkenaan dibuat dalam tahun 1995 lagi. Satu salinan surat dikemukakan kepada Husni kerana beliau adalah AP Tambun. Selang beberapa tahun, permohonan tersebut diluluskan kepada Syarikat Perumahan HKS yang memohon pada tahun 1997 menindih permohonan penduduk Melayu Chemor di bawah JKKK kampong berkenaan. Penduduk yang sedar dipermainkan oleh pihak tertentu termasuk Pejabat Tanah Ipoh dan PTG Perak, lalu menubuhkan Jawatankuasa Bertindak. Dengan mandat yang diberikan oleh penduduk Chemor, maka beberapa AJK bertindak menemui Husni. Pertemuan empat mata di Kelab DiRaja, Ipoh itu berakhir dengan janji manis Husni untuk mengembalikan tanah tersebut dan mahu berbincang dengan Ramli Marcos supaya Syarikat Perumahan HKS itu diganti tempat yang lain. Beberapa dokumen dikutip dari AJK Bertindak pada pertemuan itu di bulan Jun tahun ini. Namun janji hanya tinggal janji. Dokumen yang diserahkan juga tidak dikembalikan hingga membantutkan tindakan dipihak yang lain. AJK Bertindak merasa bersalah kepada penduduk Islam Chemor kerana mempercayai Husni. Mereka rasa kecewa dan tertipu. Inikah calon yang akan anda pangkah dalam pilihanraya umum akan datang? |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|