|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
MAHATHIR KECUT BILA ANWAR BERTANDINGApabila Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam pemilu ini kem Barisan Alternatif (BA) begitu riang, kerana DSAI adalah bakal calon Perdana Mentri jika BA menang. Sebaliknya bagi Mahathir dan BN penyertaan DSAI adalah merbahaya kerana bahang dan semangat perubahaan yang sedang bertiup akan bertambah kencang lagi. Oleh yang demikian Mahathir dan BN akan melakukan apa saja untuk menghalang DSAI daripada bertanding. Sehingga kini tidak siapa dapat menjelaskan sama ada DSAI boleh bertanding atau tidak. Malah berbagai pihak membuat tafsiran berbeda-beda berkaitan dengan undang-undang berkaitan. Kenapa Mahathir dan BN begitu takut dengan penyertaan DSAI dalam pemilu ini? Walhal sekiranya beliau berjaya menjadi calon sekalipun DSAI memang tidak boleh berkempen. Yang akan berkempen adalah para pengikut-pengikutnya dan tidak lupa "rohnya" yang akan membayangi setiap calon BN termasuk Mahathir sendiri! Setiap hari Mahathir menjaja kepada orang ramai melalui media massanya bahawa BN akan menang besar dan bila dah menang besar DSAI akan membuat kacau. Macam mana DSAI nak buat kacau sedangkan DSAI terperosok dalam penjara di Sungai Buloh? Inilah yang dikatakan orang takut kepada bayang-bayang. Beri peluang DSAI bertanding dan kita lihat siapakah yang lebih popular Mahathir atau DSAI dan bagilah pengundi menentukannya. Selama ini Mahathir dan BN asyik mengatakan bahawa DSAI ini tidak layak menjadi pemimpin kerana moralnya rendah. Itu kata Mahathir dan BN tetapi apa pula pandangan pengundi sekalian? Inilah masanya untuk mendapatkan mandat rakyat bagi memastikan benar atau tidak DSAI ini pemimipin yang bermoral rendah? Sanggupkah Mahathir dan BN menghadapinya? Saya cadang biarkan DSAI bertanding di Kubang Pasu menghadapi Mahathir dan pertandingan itu akan menentukan siapa yang lebih popular, Mahathir atau DSAI?. Mahathir tidak perlu takut kerana dia sendiri boleh berkempen sepenuh masa di Kubang Pasu dan jentera pilihanraya yang begitu kuat sudah tentu boleh memastikan kemenangannya. Bagi DSAI pula beliau memang tidak boleh kempen tetapi bayang-bayangnya akan menghantui dan memburu Mahathir ke mana saja sehingga Mahathir dan BN kecundang. ALI ALLAH DITTA |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|