BUKTI DEMOKRASI DICABUL LAGI
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melarang Majlis Peguam mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadualkan hari ini di Grand Ballroom, Hotel Renaissance
Kuala Lumpur.
Hakim Datuk Dr R.K.Nathan yang membuat keputusan itu semalam selepas membenarkan injunksi sementara yang dipohon oleh K.Raja Segaran bagi menghentikan EGM, memuji
keberanian peguam itu yang tidak gentar meneruskan perkara terbabit di hadapan lawannya.
"Plaintif (Raja Segaran) secara bersendirian bertindak
terhadap keseluruhan Majlis Peguam. Dia bersedia berhadapan dengan kemungkinan terpaksa membayar kos yang besar," kata Nathan yang mengambil hampir satu
setengah jam membaca keputusannya setebal 53 muka.
Raja Segaran menamakan Majlis Peguam sebagai defenden pertama dan pengerusi majlis itu,
R.R.Chelvarajah sebagai defendan kedua yang disaman bagi pihak kesemua anggota Majlis Peguam termasuk beliau sendiri.
Dalam permohonannya, Raja Segaran
mendakwa bahawa dengan mengadakan EGM dan menerima cadangan resolusi semasa mesyuarat itu, ia boleh boleh dianggap satu perbuatan menghina mahkamah dan
menyalahi Akta Hasutan 1948.
Cadangan resolusi bertarikh 12 Okt berbunyi: "Dengan ini dirumuskan bahawa Majlis Peguam ingin menarik perhatian
semua pihak yang berkaitan dengan kejadian-kejadian kontroversi yang telah terjejas keyakinan terhadap badan kehakiman Malaysia dan melakukan apa yang perlu
bagi meneruskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan dan membuat cadangan yang bersesuaian bagi memulihkan keyakinan terhadap badan
kehakiman Malaysia."
Dalam kenyataan tuntutan, Raja Segaran berkata EGM itu jika diteruskan akan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan
terhadap Majlis Peguam, pentadbiran keadilan, kebebasan badan kehakiman dan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.
Beliau mendakwa bahawa
anggota-anggota Majlis Peguam akan juga terdedah kepada prosiding menghina mahkamah dan didakwa kerana menghasut.
Nathan, dalam keputusannya berkata
perlakuan defendan-defendan jika dibenarkan menghadiri EGM dan membincangkan resolusi-resolusi sepertilah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) (a) dibaca
bersama-sama Seksyen 3(1) (c) Akta Hasutan.
Bagaimanapun, Nathan berkata bukanlah tanggungjawabnya membuat penilaian sama ada kesalahan telah atau belum
dilakukan mengikut seksyen-seksyen terbabit kerana terpulanglah kepada Pendakwa Raya untuk memutuskannya.
"Dalam apa keadaan, keputusan saya ialah
plaintif sebenarnya melindungi defendan-defendea daripada terjunam ke jurang yang dalam yang mereka tidak akan muncul tanpa mengalami sebarang kecederaan,"
katanya.
Peguam D.P.Vijandran mewakili Raja Segaran manakala defendan-defendan diwakili by Lim Kean Chye, Datuk Peter Mooney, Datuk Dominic Puthucheary,
Ambiga Sreenevasan, Robyn Choi dan Shaikh Abdul Saleem Shaikh Abdul Karim.
Nathan berkata setelah menimbang semua perkara dan isu yang dibangkitkan oleh
peguam kedua-dua pihak, beliau berpendapat bahawa keadilan daripada pelbagai sudut kes itu menujukkan sepenuhnya kepada fakta bahawa injunksi sementara wajar
diberi kepada Raja Segaran. |