|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
ZIHIN MENITISKAN AIRMATA BUAYASebagai pengikut setia Maha Firaun, tentulah amat sedih apabila disingkirkan kerana selama ini mereka puas bersama-sama menjayakan kezaliman. Hati yang telah keras itu tidak dapat lagi menimbang di antara kemanusiaan dengan nafsu amarah sendiri. Justeru itu apabila disingkir dari Angkatan Kezaliman Maha Firaun sebagai calon pada pilihanraya umum 29 November ini, Mohd Zihin Mohd Hassan menitiskan airmata buayanya. Ini berlainan dengan sikap Raja Mamat yang memang terkenal kerana mukanya yang bengis dan hati pun lebihkurang samalah tu. Apabila mengadap Ramli Marcos di malam 18 November lalu, yakni sehari sebelum pengumuman calon dibuat kepada media, kedua-duanya begitu kecut dan bimbang akan digugurkan. Malam itu Ramli Marcos pun mengumumkan perpindahan Raja Mamat ke Parlimen Larut P.53, manakala Zihin hanya memandang lantai dengan wajah sayu. Apabila mereka pulang dari majlis perjumpaan itu dan berkumpul di rumah pembantu mereka di Taman Rapat Setia, Zihin lalu menitiskan air mata buayanya yang ditahan-tahan sejak pengumuman Ramli Marcos secara tertutup kepada AP dan ADUN sahaja. Manakala Raja Mamat dengan angkuhnya berkata kepada pembantu mereka, "Kalau engkau mahu balak lagi, nah isikan borang pencalonan aku ini!!". Selama ini pembantu mereka hidup senang kerana bantuan Zihin yang juga adalah sepupunya. Kini pembantu itu kehilangan Zihin yang banyak membantunya dan pembantu itu sendiri menitiskan airmatanya sambil menaipkan borang Raja Mamat tempat sandarannya yang baru. Begitulah selembar kisah benar untuk tatapan anda para netters. Seungkap kata-kata yang keluar dari mulut Raja Mamat itu membuktikan bahawa SEMEMANGNYA UMNO DAN KERAJAAN BN MENGAMALKAN KRONIMES DAN NEPOTISME. Adakah calon sebegini mahu menjadi pilihan anda dalam pilihanraya umum akan datang? |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|