Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

KEDUDUKAN BN DI PERAK TERGUGAT

Laporan dari Selama mengatakan para penyokong PAS memenuhi Kompleks Pejabat Daerah Selama dengan jumlah sekali ganda melebihi penyokong PAS. Pagi ini pencalonan BN diketuai oleh Datuk Raja Ahmad Zainuddin yang bertanding atas tiket Parlimen Larut dan beliau dicabar oleh Ustaz Mohd Noor Manuty dari BA.

Sementara kerusi DUN Selama dipertahankan oleh Mohd Ali Mat Isa yang dicabar oleh Ustaz Mohd Faiz Hassan.

Manakala di kawasan Parlimen Tambun pula Hj. Husni Hanadzlah tiba kira-kira jam 9 pagi di Bangunan Setiausaha Kerajaan,  Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Beliau diiringi oleh Nazri Ismail yang mempertahankan kerusi DUN Manjoi dan dan Datuk Mazidah Zakaria DUN Ulu Kinta.

Seramai lebih 3,000 penyokong BA tiba kira-kira jam 9.50 pagi menambatkan kehebatan pagi itu dan berlaku perang mulut diiringi oleh penyokong BN diselang seli dengan takbir dari penyokong PAS dan KeADILan.

Semangat penyokong semakin berkobar apabila kira-kira jam 11.30 pagi seorang pemimpin keadilan menerima panggilan mengatakan beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Selangor jatuh ke tangan BA. Serentak dengan itu penyokong BN semakin meninggalkan komplek SUK Ipoh dengan kecewa.

Parlimen Tambun ditandingi oleh Dr. Khairuddin Dato Abdul Malek dan kerusi DUN Kinta ditandingi oleh Ustaz Syuid Din.

Sementara di Parit Buntar kira-kira 5,000 penyokong BA mengiringi Dato Hassan Ali ke Pejabat Daerah Parit Buntar. Beliau dicabar oleh Abdul Rahman Suliman yang diiringi oleh kira-kira 300 orang penyokongnya.

Dato Fadzil Che Wan mempertahankan Parlimen Bukit Gantang. Beliau ditandingi oleh Roslan Sharom dari PAS. Maklumat yang diterima sekatak  ini menyatakan bahawa di mana sahaja pencalonan dibuat, para penyokong BA begitu ramai dan mengatasi jumlah penyokong BA yang kebanyakkannya wanita tua dan pemuda yang berpeleseran.

Sesungguhnya penamaan calon hari ini di negeri Perak lebih memihak kepada BA dan dengan komitmen yang ditunjukkan insyaAllah BA akan memerintah menggantikan BN yang sudah berkuasa selama 42 tahun.

TAKBIR!!!

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 20 November, 1999