Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

STRATEGI TURNING OVER PEMIKIRAN RAKYAT

Umumnya menjelang pilihanraya dan tamatnya hari pilihanraya janganlah Mahathir, UMNO dan komponen partinya bermimpi untuk bermain kotor ataupun menimbulkan kekacauan. 

Agenda ugutan huru-hara yang kamu canang saban masa sebenarnya telah menjadi inspirasi Turning Over untuk rakyat Malaysia. Kepada semua rakyat Malaysia tidak kira apa agama, kaum dan bangsa marilah kita bersatu padu dan mengambil tindakan rasional dan realistik sekiranya isu kekacauan dan huru-hara yang dimainkan. 

  1. Jangan bergaduh di antara Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa maupun sesama kaum. Ingat kekacauan hanya menguntungkan penyangak-penyangak politik yang bacul dan dayus. Pemimpin politiklah sebenarnya 'mastermind' kekacauan. 
  2. Semua rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan bangsa hendaklah berganding bahu dan bersama-sama kita cari kepala dajal (pemimpin politik) yang sudah pastinya lari lintang pukang menyorokkan diri di rumah, di hotel-hotel atau di kampung-kampung. Pastikan mereka dihukum! 
  3. Jangan terima atau hebuhkan sebarang perkhabaran khabar angin yang negatif yang anda sendiri tidak pasti. Bersikap syak wasangka dengan permainan politik yang kotor.
  4. Jangan takut dengan sebarang ugutan yang negatif dan SB gangster kampung dan lain-lain penyangak yang cuba mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan atau mengambil kesempatan untuk tujuan tertentu. Baik dibalas baik. Jahat dibalas jahat. Matlamatnya usahlah kita gentar dengan ancaman rusuhan dan huru-hara yang digembar-gemburkan oleh pihak barisan nasional. Sebaliknya Melayu, India, Cina dan lain-lain bangsa HENDAKLAH BERSATU DAN BERTINDAK SECARA POSITIF KE ATAS MEREKA-MEREKA ORANG-ORANG POLITIK DALAM BN YANG SEBENARNYA MENJADI DALANG DAN PENGKHIANAT YANG MENGAKIBATKAN KEKACAUAN DAN PERPECAHAN PERPADUAN DI DALAM NEGARA MALAYSIA. FIKIR DAN HAYATILAH AMANAT INI! PELANDUK ALAF BARU TIDAK AKAN MATI DI TENGAH-TENGAH SEBALIKNYA GAJAH-GAJAH YANG AKAN KECUNDANG. 

REFORMASI MEMBAWA PERUBAHAN, 
REVOLUSI MENENTANG KEZALIMAN! 

MULKIM

 
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 21 November, 1999