|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
ISU MENANG TANPA BERTANDING: KEKUSUTAN DIPERJELASKANMemang gegak gempita lagaknya menerima berita kemenangan tanpa bertanding oleh Gabungan Alternatif. Menurut khabar yang disebarkan ke seluruh negara melalui telefon bimbit, bahawa beberapa kerusi Parlimen dan DUN di Selangor jatuh ke tangan BA akibat bantahan yang diberitakan cukup kukuh untuk dinafikan oleh SPR. Justeru itu dalam keghairahan tersebut maka berita kemenangan tersebar luas ke seluruh negara. Meskipun TV dan media kerajaan tidak menyentuh langsung isu tersebut, namun dengan kecanggihan teknologi media alaf baru yang sepenuhnya di kuasai kepakarannya oleh BA, maka berita tersebut dapat disebar ke seluruh negara dalam sekelip mata. Tetapi alangkah hampanya apabila menyemak kembali dengan berita dan media maka tiada disentuh langsung isu tersebut. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan? KEWIBAWAAN SPR TERUJI LAGIKelicinan perjalanan pilihanraya di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada SPR. Tetapi siapakah SPR itu? Di manakah letakknya keduuddukan dan kuasa SPR? Sudah pasti anda dapat menjawab persoalan ini. Justeru kedudukan SPR yang tidak bebas, maka badan itu menjadi alat untuk BN berkuasa lagi selepas pilihanraya umum akan datang. Benarlah kata Presiden UMNO itu bahawa siri pilihanraya umum negara akan datang adalah terkotor dalam sejarah politik negara. Apa yang sebenarnya berlaku ialah hakikat bahawa SPR menjadi alat untuk mengekalkan kekuasaan BN. Inilah yang telah terjadi dalam 7 buah kawasan Parlimen dan DUN yang sepatutnya menjadi milik BA akibat kecacatan yang nyata dalam pengisian borang pencalonan. Bantahan yang dikemukakan bagaimana pun tidak diterima oleh SPR, walaupun peraturan yang ada cukup untuk menolak kertas pencalonan yang rosak. SPR BUKAN BADAN BEBASAmat malang bagi parti pembangkang di Malaysia kerana mempercayai SPR. Walau pun berkali-kali dicanangkan bahawa SPR akan menjalankan pilihanraya negara secara terbaik dan telus, namun hakikatnya itu tidak terjadi. Apa yang berlaku pada hari pencalonan 20 November sudah membuktikan kepada rakyat bahawa 7 buah kawasan Parlimen dan DUN yang berkenaan sepatutnya ditolak kertas pencalonannya oleh SPR, tetapi demi membela BN, SPR menjadi bacul dan tidak bermaruah. Sekali lagi rakyat ditutup mata mereka dengan kebijaksanaan media. Inilah yang telah terjadi dalam perbicaraan DSAI semenjak beliau ditahan 20 September 1998. Perbicaraan di mahkamah hanyalah sebagai memenuhi agenda kerajaan BN yang dengan rakusnya menolak kebenaran demi kuasa politik mereka. KERTAS PENCALONAN WAKIL BN TIDAK SAHBegitulah yang terjadi dalam siri pencalonan 20 November, 1999. Minda Rakyat berasa bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung dengan kekeliruan tersebut. Antara yang termaktub dalam syarat, pengisian kertas pencalonan hendaklah betul dan tidak boleh dipertikaikan. Misalnya dalam pengisian borang pencalonan DUN Ulu Kinta, Mazidah Zakaria mencatatkan namanya yang berbeda sebagaimana tercatat dalam Buku Pendaftaran Pemilih. Ia merupakan kesalahan satu. Kemudian Mazidah mencatatkan N.21 sebagai A.21. Ini kesalahan kedua dan nyata. Kesalahan ketiga Mazidah ialah meletakkan binti sebagai bt. Begitu juga dengan Nazri Ismail yang meletakkan N.22 sebagai A.22. Kesalahan begini apabila diprotes tidak diterima pihak SPR. Minda Rakyat percaya perkara yang sama berlaku di 7 buah kawasan Parlimen dan DUN yang ttimbul kontroversinya selepas kertas penamaan calon ditutup jam 11 pagi. Justeru kerana percaya kepada SPR, maka pihak BA segera mengumumkan berita kemenangan walhal SPR tidak akan membiarkan kemenangan tanpa bertanding menyebelahi BA. PELAJARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIABerita yang disebarkan ke seluruh negara termasuk di negeri Perak itu amat menggembirakan para penyokong kebenaran dan keadilan. Mereka dilihat berpelukan dalam tangisan kegembiraan di samping saling mengucapkan tahniah di atas berita itu. Malangnya SPR sekali lagi mencabuli hak dan kebebasan rakyat di sebuah negara demokrasi, dengan membatalkan protes yang dikemukakan. Sebaliknya memberikan peluang kepada pihak BN meminda kesilapan terseebut. Kepada rakyat Malaysia anda perlu membuat kesimpulan sendiri tentang tatalaku SPR yang mendakwa dirinya sebagai badan telus tetapi dalam masa yang sama tidak mengizinkan pihak ketiga untuk memantau perjalanan pilihanraya dan mengesahkan ketelusannya. Ramai amat kecewa apabila mengetahui berita sebenar bahawa tiada satu pun kemenangan di pihak BA akibat kesalahan mengisi borang di pihak lawan mereka. Demikianlah satu siri mengenai perjalanan pilihanraya yang terkotor sebagaimana dilaungkan oleh pecinta kezaliman dan bapak pembohong negara. Sebenarnya di Malaysia tiada lagi kebenaran dan kebebasan. Pelbagai sistem dan jentera kerajaaan sedang diperkuda untuk jaminan memerintah untuk abad akan datang!! Polong Cyber |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|