|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
PAS AKAN DAKWA SPR PERAKTimbalan Pesuruhjaya Pilihanraya PAS Perak, Mejar (B) Yahya Ariff Kamaruzaman berkata, PAS Perak akan mengambil tindakan undang-undang termasuk mendakwa pegawai SPR Negeri Perak ke mahkamah, berhubung dengan kecuaian mereka mematuhi undang-undang Pilihanraya sehingga membenarkan kesilapan kertas pencalonan diperbetulkan setelah berlaku bantahan oleh pihak pembangkang. Kekecohan berlaku seketika apabila wakil pembangkang (PAS) membantah kertas penamaan calon yang dipamirkan berhubung dengan kesilapan nama Mazidah Zakaria yang tidak sama sebagaimana ada dalam senarai Daftar Pemilih 1998 yang diterimapakai untuk tujuan pilihanraya umum kali ini. Kesalahan amat ketara ialah apabila N.20 dicatat sebagai A.20 yang tidak sepatutnya berlaku apalagi beliau adalah calon lama yang berpengalaman dalam soal mengisi kertas pencalonan. Kira-kira 3,000 orang penyokong PAS yang berada di perkarangan Bangunan SUK Lama dan sekitar pejabat berhampiran berteriak laungan takbir, apabila pegawai pengurus pilihanraya bagi Parlimen Tambun, Najri Hamid mengistiharkan bantahan tersebut. Anehnya dalam mengendalikan permasalahan ini, pihak SPR membenarkan pembetulan dibuat atas alasan untuk mengelakkan pergaduhan. Alasan yang diberikan itu tidak kukuh dan tidak selaras dengan peraturan yang ada. Sehubungan dengan itu, Mejar (B) Yahya Ariff berkata adalah wajar diambil tindakan undang-undang di atas kecuaian dan kealpaan para pegawai SPR berkenaan. |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|