Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

PAKATAN SATU LAWAN SATU PASTI TUMBANGKAN BN

Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN hari ini memomokkan lagi pakatan Barisan Alternatif dengan mengatakan bahawa pakatan itu hanya bersifat sementara sahaja. Beliau juga mendakwa bahawa pakatan itu berbeda dengan BN yang menggunakan satu simbol tetapi pakatan Alternatif menggunakan simbol parti masing-masing.

Pakatan pembangkang itu dianggotai oleh DAP, PAS, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia. Hakikat penggunaan simbol masing-masing adalah kerana permohonan untuk menggunakan satu simbol tidak diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Namun kerjasama erat pakatan Alternatiif akan menolak kemenangan mutlak BN kerana pertandingan satu lawan satu di 152 buah kerusi Parlimen dan 326 kerusi DUN itu pasti menjanjikan saingan yang sengit.

Reaksi awal berhubung dengan hari penamaan calon pada 20 November menampakkan dengan jelas petanda kerjasama Barisan Alternatif. Ramai penganalisa politik berpendapat bahawa kejayaan besar boleh diraih sekiranya komitmen yang sama boleh diberikan oleh penyokong pada 29 November nanti

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 21 November, 1999