|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
UMNO Amalkan Politik Suku, Agama Suku(Boleh diolah bagi tujuan khutbah Jumaat 26 November)Pemisahan agama dan politik bermula sejak zaman berzaman lagi. Pemisahan agama (gereja) dengan politik pentadbiran telah mengwujudkan istilah 'secularisme' dalam peradaban moden yang menjadi anutan parti-parti politik yang berbau perkauman dan perjuangan duniawi semata-mata. Justeru untuk menghalalkan secularisme, Umno menolak Islam dengan menuding jari kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS) dengan mengaitkan bahawa pimpinan parti Islam itu sebagai 'ekstrim' atau fanatik. Sudah pastilah fanatik dalam ugama itu dituntut sebagaimana kata Tuan Guru beberapa hari lalu; sememangnya PAS memperalatkan agama dalam perjuangan politiknya. Fanatik Satu Tuntutan BeragamaKenyataan ini amat memeningkan pimpinan Umno, lantaran kejahilan mereka memahami Islam. Apa lagi mahu mentafsir dan mendalaminya. Saban hari mereka asyik sibuk dengan urusan duniawi semata-mata hingga agama terabai dan diperalatkan oleh anasir tertentu yang mahu menghancurkan Islam itu sendiri. Lantaran menjawab kenyataan sebagaimana dinyatakan oleh Tuan Guru itu, maka Umno memiliki senjata penangkisnya sendiri. Maka lahirlah ulamanya seperti Kassim Ahmad yang seorang antihadis dan Astora Jabat yang kini disediakan ruangan yang sebesar-besarnya untuk menyerang kembali (counter attack) kenyataan pimpinan PAS. Media dan Ulama Dakwaan UMNOMaka media menjadi alat untuk menegakkan kebenaran BN bukan mencari resolusi dan kebenaran. Maka sesuai dengan hasratnya itu dipaparkan kata cendiakiawan seumpama kata-kata seorang wartawan agung Mesir, Mohamed Haikal yang dipaparkan oleh Mingguan Meloya: Religion can take many forms and face many many demands and challenges according to the climate or opinion of the time. Adalah lebih buruk apabila keinginan menolak pembangkang itu keterlaluan hingga sanggup menafikan kehendak ugama. Maka selari dengan itu lahirlah perkataan 'mempolitikkan ugama' yang seolah-olah menggambarkan ugama sesuatu yang terpisah dengan politik dan pentadbiran. UMNO Mahu Pisahkan Politik Dari UgamaLebih buruk lagi apabila Umno menganggap kejayaan memintas pembangkang sebagai berjaya menegakkan pendirian Islamnya sendiri, di samping meneruskan agenda sekularnya iaitu politik suku, agama suku. Hari ini PAS sudah diterima oleh majoriti masyarakat Islam biarpun yang menolaknya tidak kurang jumlahnya. Hari ini juga menyaksikan ramai di kalangan ulama sudah mufarakah dengan pimpinan BN dan mereka amat takut dengan azab Allah akibat persekongkolan mereka dengan kezaliman. Tindakan mereka itu jelas bahawa mereka tidak mahu diistilahkan sebagai syaitan bisu dalam menghadapi kezaliman dan penyelewengan yang kian berleluasa. Walau pun ada tuduhan para ulama berhijrah ke PAS semata-mata mahu memberikan mereka ruang untuk menyelar kerajaan, hakikatnya ulama semasa dalam kerajaan terikat, tidak bebas dan terkongkong oleh berbagai sekatan terutamanya yang boleh menjejaskan kredebiliti politik pimpinan mereka. Tuduhan 'berubah sekelip mata', merupakan satu tuduhan amat lemah yang dilemparkan oleh pimpinan BN dalam menghadapi zaman kemunduran dan krisis sokongan akibat menentang ulama. Perlunya Kuasa Merubah Undang-undangKelantan seringkali menjadi sasaran pimpinan UMNO kerana dikatakan gagal melaksanakan hukum hudud dan arak serta judi masih berleluasa. Hakikat sebenarnya pimpinan UMNO cuba mengelirukan rakyat di negeri lain, bahawa pemerintahan Islam itu kejam dan lemah. Di Malaysia setiap perlaksanaan peraturan dan undang-undang mestilah terlebih dahulu dibentang dan bahaskan di Parlimen. Lantaran kekurangan Ahli Parlimen yang berpendirian menerima perundangan Islam, maka pembentangan undang-undang dan peraturan yang condong kepada perlaksanaan syariat Islam sering ditolak dengan berbagai alasan seolah-olah Islam tidak sesuai lagi di zaman ini. Oleh itu amat kuatlah hujah mengatakan bahawa hanya 'kuasa politik' yang besar mampu menjayakan segala perlaksanaan syariat Allah sebagaimana diwajibkan. Justeru itulah PAS dalam perjuangannya memperalatkan Al-Quran, mahu memiliki kuasa politik itu yang hanya boleh diperolehi melalui proses pilihanraya. Biar pun Umno mengatakan jika ingin berpolitik maka berpolitiklah, jangan dicampur adukkan politik dengan agama. Tuntutan melaksanakan syariat Islam nampaknya memaksa para ulama berpolitik untuk memperolehi sedikit kuasa yang melebihi dua per tiga bagi tujuan menerima apa sahaja yang dibentang dan dibahaskan di Parlimen. Maka dengan itu amat jelas Islam menghalalkan politik dan tidak timbul soal politik suku agama suku. Amat jelas sekali kepada kita bahawa dalam keadaan terdesak Umno sanggup melemparkan tuduhan dan fitnah terhadap para ulama yang semakin dihimpit dan tertekan semasa bekerjasama di dalam kerajaan BN dahulu.Perpaduan Hanya Ada Dalam IslamHari ini perpaduan yang dilaungkan serta dianjurkan oleh pimpinan BN tidak berwadahkan apa-apa asas. Hanya semata istilah perpaduan yang mahu menolak perpecahan. Perpaduan bentuk sebegini tidaklah sebegitu kukuh. Dalam Islam memang perpaduan menjadi asas hubungan manusia dengan manusia. Tetapi tidak ditakat itu sahaja perpaduan itu melanjurkan hubungan kita dengan Allah. Perpaduan dalam Islam mestilah berasaskan penyatuan dan pegangan umat manusia terhadap tali Allah (ugama Allah yakni Islam). Setelah semua manusia berpegang teguh kepada agama Allah, maka dengan sendirinya perpaduan wujud dan perpecahan dapat dielakkan. Kemahuan pimpinan BN supaya melaksanakan perpaduan tanpa apa-apa asas sandaran, hanyalah untuk kepentingan segelintir kaum kerana dengan perpaduan itu mereka boleh melakukan aktiviti mereka tanpa halangan seperti rompakan harta negara serta bebas melakukan maksiat dengan sewenang-wenangnya. Perpecahan sememang tidak dapat dielakkan di antara manusia yang mahu tunduk kepada Allah dan yang angkuh dan sombong serta tidak bersyukur kepada Tuhannya. Bagaimana pun alangkah beruntungnya hidup dalam kelompok yang disenangi Allah berbanding kelompok yang sentiasa berada dalam kemurkaan Allah. Kekukuhan perpaduan umat Islam hari ini boleh dicapai apabila semua manusia dengan ikhlas mahukan pegangan Islam dalam dirinya semakin kuat dan dekat dengan Pencipta. Oleh itu kita lihat perpaduan yang wujud sebegini tidak dipaksa-paksa dan terjadi dengan sendiri kerana semua manusia berpegang kepada prinsip hidup hanya untuk Allah dengan ikhlas. Perpaduan sedemikian menolak 'wang' sebagai pembakar semangat perjuangan dan melebihi lain-lain kepentingan. Justeru itu penyatuan umat Islam kedalam kesatuan yang kukuh sebagaimana anjuran Parti Islam SeMalaysia tidak dapat dinafikan oleh umat Islam, melainkan oleh segelintir yang mirip kepada musuh Islam. Umat Islam Hari Ini Wajib BerjihadPerjuangan untuk Allah juga tidak memerlukan pengiktirahan 'ulama' maka baru boleh berjuang di jalan Allah. Jihad fisabilillah adalah kewajipan manusia secara peribadi terhadap ugamanya dan Allah penciptanya. Maka dengan itu tidak timbul soal ulama atau pun tidak, maka baru boleh berjihad di jalan Allah. Cukuplah sekadar dua tiga orang 'ulama' yang iklhas sebagai pimpinan mereka, maka kesatuan ukhwah Islamiyah itu mampu menumbangkan sebuah kerajaan tahghut yang dipimpin oleh beribu orang. Sejarah telah membuktikan bahawa tentera Islam dalam Perang Badar hanya seramai 300 orang mampu mengalahkan musuh mereka berlipat kali ganda. Dalam hubungan ini umat Islam perlu mempercayai adanya kuasa 'ghaib' yang akan membantu mereka yakni pertolongan para malaikat yang bertindak melindung para syuhada fisabilillah. Tuduhan pimpinan BN terhadap para ulama yang berjuang dalam Parti Islam Se Malaysia amat keterlaluan hanya kerana kepentingan politik sempit mereka. Sebaliknya mereka lebih senang membiarkan keburukan, kekeliruan dan ketidakbenaran berlaku berleluasa tanpa menyekat punca-punca keburukan yang dibawa oleh ahli-ahli politik BN yang ingin terus berkuasa secara rakus atas nama perpaduan, pembangunan dan kemajuan duniawi yang tiada penghujungnya. Kemajuan Bukan Jaminan Umat Islam BersatupaduJelas kekayaan yang diburu serta kemajuan yang dilaungkan tidak akan menjamin umat Islam dalam kedudukan yang kukuh dan setanding dengan umat lain di dunia. Sebaliknya kehancuran dan kemelaratan seringkali berlaku sebagai 'azab' Allah dan peringatannya supaya manusia kembali menghayati ugama dan jangan lagi mempersendakannya. Dasar kerajaan BN yang liberal terhadap Islam membuktikan bahawa ugama Islam kini duduk di tangga kelima selepas nafsu, harta, wang ringgit dan wanita mendedahkan umat Islam kepada bala Allah dan pembalasan segera yang bakal diberikan di atas kecuaian mereka melaksanakan syariat Allah. Hotel didirikan supaya senang segala maksiat diadakan didalamnya dengan kawalan keselamatan yang kukuh dan dalam keadaan yang lain pula masjid juga didirikan untuk menutup mata rakyat bahawa Kerajaan Bn adalah Kerajaan Islam. Rakyat Harus Menolak Politik Suku, Agama SukuSiapakah yang dapat menyekat mereka daripada melaksanakan amalan sedemikian jika kita tidak mempunyai perwakilan dalam Parlimen? Apakah tanggungjawab membanteras gejala-gejala sosial yang buruk ini mesti dituding ke atas ibubapa, guru agama sedangkan hakikat undang-undang negara membenarkan kemurtadan berlaku selepas usia 18 tahun sebagaimana tercatat dalam Perlembagaan Malaysia? 42 tahun bukan satu tempoh yang dekat. Jika 1 tahun 1 syariat Allah dilaksanakan, ertinya 42 syariat Allah sudah tertegak selama 42 tahun kemerdekaan negara. 42 tahun, tidak lagi mengizinkan apa-apa jua alasan untuk pimpinan BN berdalih mengatakan mereka berjuang untuk kepentingan ugama Islam. Di sebaliknya perjuangan mereka hanyalah untuk kesenangan mereka mencipta sebanyak-banyak wang selagi kuasa di tangan mereka. Apabila ditegur mereka melatah dengan ungkapan ahli Pas hanya pandai mencaci serta menghina kerajaan. Sebaliknya apa mereka buat dengan politik dan agama melainkan kejayaan mereka melunas politik suku, agama suku demi sebuah perjuangan bersama kroni untuk mencipta kekayaan diri peribadi. Undang-undang sukar dilaksana jika rakyat tidak berani mengundi parti Islam dalam pilihanraya bagi melantik wakil mereka di Parlimen. Justeru itu amat penting bagi rakyat berjihad dan menolak amalan politik murahan UMNo, politik suku agama suku!!
|
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|