|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
KENAPA PERSOAL KEMAMPUAN ORANG LAIN?
Kenyataan Pengerusi BN Kelantan Datuk Annuar Musa yang mempersoalkan kemampuan PAS untuk membentuk negara Islam mengikut konsep parti itu kerana ia hanya
meletakkan 63 calon bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 29 November ini dianggap satu kenyataan melulu mengenai kemampuan orang lain. Ia bukanlah kerana strategi tetapi perbalahan yang timbul antara Ku Li dengan Annnuar Musa yang masing-masing berebut pengaruh melalui perlantikan calon yang mereka kehendaki. Annuar patut menyelsaikan perbalahannya dengan Ku Li mengenai soal pencalonan yang 'masih belum selesai' walaupun penentapan calon sudah dibuat dan tidak doleh dipinda lagi. Ketamakan kuasa BN terbukti apabila dua 'gergasi BN' Pantai Timur itu masing-masing mahu melantik calon mereka. Ku Li dikhabarkan begitu marah dengan tindakan Annuar Musa yang menyangkal perlantikan calon yang dibuat beliau sehingga sanggup menghempaskan fail di hadapan Annuar dan disaksikan oleh orang lain. |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|