Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

KEMUNGKINAN AMALAN RASUAH

Pengerusi DAP kebangsaan Dr Chen Man Hin mendakwa kemenangan tanpa bertanding dua calon Barisan Nasional (BN) semasa penamaan calon semalam kemungkinan besar kerana rasuah.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak akan membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana tiada bukti. "Tiada bukti tetapi kemungkinan kerana rasuah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, di sesetengah kawasan borang pencalonan boleh ditawarkan sehingga RM1 juta.

Calon BN, Datuk Douglas Uggah anak Embas memenangi kerusi Parlimen Betong di Sarawak dan Yap Chik Dong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak, Johor tanpa bertanding apabila tiada pencabar selepas penamaan calon ditutup.

Beliau juga berkata BN tidak harus membuat iklan dalam akhbar-akhbar yang menunjukkan rusuhan kerana menurutnya ia melanggar peraturan pilihan raya kerana menakut-nakutkan rakyat.

 
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 22 November, 1999