BN GUNA MEDIA DAN BERMAIN KOTOR!!!
Gabungan Barisan Alternatif (BA) mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik kotor dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke 10.
Presiden PRM Dr Syed Husin Ali berkata, antara taktik kotor yang dimaksudkan itu ialah menggunakan wang rakyat untuk menaja ruang iklan di akhbar tempatan,
pembabitan `Special Branch' dalam menimbulkan kekacauan dan kemudian mendakwa kekacauan itu dilakukan oleh parti pembangkang.
Selain itu BN juga
menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menakut-nakutkan pembangkang, katanya.
"Kami tidak mempertikaikan mengenai penajaan itu jika
menggunakan wang mereka sepenuhnya tetapi syarikat yang menaja itu milik rakyat," katanya sambil merujuk kepada iklan yang ditaja oleh Kerajaan Negeri
Perak dan Bernas, pada satu persidangan berita di ibu pejabat PRM di sini, hari ini.
Kedua-dua iklan itu tersiar hari ini di akhbar The New Sunday Times
halaman tujuh manakala iklan Bernas dalam akhbar Mingguan Malaysia di alaman 12.
"Kami juga membantah sepenuhnya penggunaan gambar yang berunsur
keganasan dan kemudian menuduh kami melakukannya...mungkin gambar itu dirancang dengan menggunakan `special branch'," katanya.
Barisan Alternatif
juga menolak dakwaan Perdana Menteri yang juga Presiden BN Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa pakatan pembangkang akan menggunakan kekerasan dan menimbulkan
keadaan huru-hara jika sekiranya kalah dalam pilihan raya ini.
"Nyata BN sengaja cuba mahu menakut-nakutkan rakyat dengan isu keamanan dan perkauman
padahal kami tidak sesekali berniat untuk bertindak begitu. Kami mengalu-alukan sebuah pilihan raya yang bersih, adil, aman dan telus," katanya.
Beliau
menambah, ISA digunakan untuk menakut-nakutkan pembangkang dan berpendapat akta itu perlu dimansuhkan jika BN benar-benar ikhlas untuk mengadakan satu pilihan
raya yang adil.
"Barisan Alternatif menjemput BN untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong sebagai jaminan mereka pilihan raya kali ini bersih. Kami
memberi masa 24 jam untuk BN membalas cabaran kami ini. Jika tidak...jelaslah siapa sebenarnya yang cintakan keamanan dan siapa sebenarnya yang sukakan
keganasan," katanya.
|