TANDA KEKALAHAN FUAD HASSAN SEMAKIN JELAS
Tanda-tanda kekalahan Fuad Hassan di DUN Hulu Kelang sudah makin jelas kelihatan.
Berita pondok kabin bilik gerakan BN di Persiaran Permata 2,
Taman Permata (DUN Hulu Kelang) yang terbakar akibat di panah petir pada Sabtu lalu adalah tanda awal kekalahan tersebut.
Dengan sambutan yang
hambar pada paginya oleh penyokong BN semasa pencalonan di Pejabat Tanah Gombak dengan penyokong BA melebihi penyokong BN sebanyak empat kali ganda.
Saya
telah bergegas ke tempat dengan kamera sebaik sahaja menerima telefon dari kakak saya (yang tinggal berdekatan pondok tersebut). Menurut kakak saya sebaik
sahaja dentuman kuat kedengaran pula percikan api sehingga terbakar seluruh struktur kabin tersebut dengan cepat sekali. Polis yang tiba kira-kira
lima belas minit kemudian hanya memerhatikan keadaan. Bomba yang lewat hanya tiba hampir 45 minit kemudian apabila api telahpun reda.
Saya yang
tiba sebaik sahaja bomba meninggalkan tempat kejadian kerana perjalanan saya yang agak jauh memakan masa sejam. Gambar yang saya sertakan ini adalah
yang sempat saya rakamkan.
Seorang ustaz di Lembah Keramat/Taman Permata bertanya, adakah panahan petir tersebut sebagai amaran awal terhadap Sdr.
Fuad yang akhir-akhir ini kian lantang menghina Islam dan ulamak?
Sekian untuk renungan bersama IB
|