|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
MAHATHIR MENGGODA PENGUNDI CINAMahathir amat yakin bahawa BN akan menang besar dalam pilihanraya ini kerana dia percaya BN akan meraih sekurang-kurangnya 90% undi dari orang cina,cukup untuk memperolehi majoriti 2/3. Strategi yang digunakannya untuk mengumpan undi cina ini ialah dengan cara menakutkan-nakutkan masyarakat orang-orang cina dengan cara memperingati mereka tentang trajedi 13 Mei dan apa yang berlaku kepada kaum cina di Indonesia semasa kebangkitan menentang bekas Presiden Suharto baru-baru ini. Mahathir juga sering berucap dan mengingatkan masyarakat jika Barisan Nasional (BN) menang dan Barisan Alternatif tewas, Anwar akan buat kacau dan akan berlakulah huru hara. Ling Liong Sik pula begitu yakin bahawa BN akan sapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti cina kerana mengikutnya impian pakatan parti pembangkang ini adalah ibarat,”different dreams sleeping on a bed of thoughts” Malah beliau mengugut masyarakat cina dengan memberi amaran bahawa satu undi yang diberi kepada DAP adalah sama juga satu undi diberi kepada Tuan Guru Nik Aziz dan PAS. Ling Liong Sik begitu yakin yang orang cina akan sokong BN dan menganggap kes DSAI ini adalah masalah orang melayu dan orang cina akan sentiasa setia dengan BN. Mahathir dan Ling Liong Sik sengaja membangkit-bangkitkan isu trajedi 13 Mei dan isu negara Islam semata-mata dengan tujuan untuk menakut-nakutkan orang cina. Pada hakikatnya adakah Mahathir dan Ling Liong Sik ini benar-benar perihatin terhadap masalah-masalah orang cina itu sendiri? Apa terjadi kepada 17 permintaan daripada pertubuhan dan badan-badan persatuan orang-orang cina yang telah ditolak oleh Mahathir? Demikian juga, secara-cara diam-diam MCA telah mengarahkan persatuan-persatuan Tionghua supaya mendesak diwujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri khas untuk orang cina, tetapi persatuan-persatuan cina telah menolaknya sama sekali. Semua ini adalah tipu helah MCA dan BN untuk mendapatkan undi orang-orang cina dan mereka tidak berniat sedikit pun untuk membantu orang-orang cina. Mahathir juga sengaja mengadakan pilihanraya semasa lawatan Perdana Menteri China Zhu Rongji pada 23-25 Noverber ini. Samalah seperti pilihanraya 1974 bila BN menggunakan peluang lawatan Tun Razak ke negeri China untuk meraih sokongan orang-orang cina. Bukankah perbuatan begini nampak bahawa Mahathir seolah-olah mendadah tangan memohon pertolongan daripada kuasa besar China untuk membantunya dalam pilihanraya ini? Bayangkan jikalaulah Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore singgah di Malaysia atau bekas Presiden Filipina, Cory Aquino melawat Datuk Seri Wan Azizah di Permatang Pauh semasa musim pilihanraya ini apakah reaksi Mahathir dan pemimpin-pemimpin BN kita? Bagi saudara saudari rakan-rakan cina sekalian, isu yang kita hadapi sekarang bukanlah isu kes DSAI semata-mata, tetapi isu-isu ketidakadilan masyarakat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pilih kasih, skandal seks, kronisma dan berbagai lagi penyakit yang dibawa oleh kerajaan BN hari ini. Janganlah terperangkap dengan tipu helah Mahathir, Ling Liong Sik dan BN ini. Pilihanraya ini adalah merupakan pertarungan antara mereka yang menunut keadilan (BA) dengan mereka yang mengamalkan ketidakadilan (BN). Ini bukanlah pertarungan antara melayu dan cina atau agama dan bangsa. Lihatlah bagaimana pemimipin-pemimimpin BN ini cuba menipu rakyat. Kepada orang-orang melayu ,Mahathir meningatkan bahawa jika BN kalah orang melayu akan kehilangan ketuanan melayu, tetapi kepada orang cina pula Mahathir memberi amaran bahawa jika BN kalah huru hara akan berlaku. Yang mana satu benar? Saudara saudari sajalah yang tahu jawapannya. Gunakanlah undi saudara saudari dengan bijak. Undi BA. ALI ALLAH DITTA |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|