|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
Laporan Khas P105 Hari Penamaan Calon : 20 Nov 1999Saya berkesempatan mengikuti perkembangan Kempen Pilihanraya P105 Wangsa Maju. Bermula dari hari penamaan calon, di Dewan Ibukota. Masa itu nampak macam 50-50. Dua pihak ada team masing-masing. Saya sempat tanya rakan-rakan dari BA kata yakin 70:30. Tanya pula kawan-kawan BN yakin 100%. Itu cerita pada hari penamaan calon. Hari Pertama : 21 Nov 1999 Petang tadi Jam 3.00 petang hujan lebat turun di Wangsa Maju banyak rancangan terganggu. Janjinya jam 3.00 ptg ada ceramah BA di padang bola Taman Ibukota. Dek kerana hujan ingatkan tak jadi. Tapi pada jam 4.30 ptg dalam hujan renyai-renyai kedengaran pengumuman dibuat oleh pengacara mengenai ceramah BA akan dimulakan. Dr. Hatta Ramli memulakan ceramah dengan penuh semangat. Kemudian diikuti pula Marina Yusof calon P105. Banyaklah cerita mengenai apa yang hendak dilakukan jika BA menang nanti. Ada 10 perkara
Selepas itu Sanusi Osman calon Parlimen Baru dari PRM berucap. Ucapannya sangat baik dan jelas. Rakyat tidak perlu takut untuk membuat perubahan kerana yang hendak ditukar ialah kabinet BN bukan seluruh jentera kerajaan. Bila BA memerintah semua kakitangan kerajaan masih terus berkhidmat. Yang diambil tindakan ialah mereka yang korup saja. Ceramah diakhiri dengan doa. Diumumkan pada malamnya akan diadakan ceramah di Seksyen 1 Wangsamaju. Jadi saya dah pasang niat nak dengar lagi cerita Marina. Lepas isya' saya pun terus ke sana. Punya lah ramai manusia. Tapi dah 9.30 ceramah tak mula lagi. Tiba-tiba pengerusi majlis mengumumkan bahawa ceramah dapat diteruskan. Rupanya dalam masa nak berkempen ini calon tak dapat permit nak berucap. Tapi syukur kerana atas budi bicara dibenarkan berucap selama 1 jam sahaja. Cukuplah tu..Jadi Marina pun berucaplah juga dalam keadaan tergesa-gesa. Tapi ucapannya tetap padat dan pedas. Dia kata Zulhasnan semasa cakap dalam TV1...Wangsamaju tak ada masalah. Semua beres. Kata Marina ini bermakna Sdr Zulhasnan ni tak layak diberikan undi kerana siang-siang dah kata tak masalah ... nampak gaya lepas 29 Nov 1999 dia tak payahlah kerja....duduk kat rumah ajalah. Selepas 1 jam Marina pun kena berhenti sebab dah cukup masa. Tapi masih ramai yang datang kerana biasanya ceramah BA sampai jam 12 malam. Jam baru 10.30 malam. Fikir saya elok juga dengar cermah BN. kerana saya tahu 500 meter dari tempat ceramah BA ada ceramah BN. Dapat permit tanpa had.....special case!!! Sampai sana saya nampak penuh khemah... adalah 100 orang. Yang sedang berucap Azman Attar...vetran UMNO yang banyak menimbulkan masalah. Berapi-api menabur fitnah ....katanya orang yang sokong BA tak patut duduk dalam flat Wangsamaju yang dibina oleh kerajaan BN. Ini dah lebih. Adakah syarat semasa nak beli rumah di mestikan sokong BN?? Kemudian dia beleter mengenai Anwar....habislah dikatanya ADIL. Azman Attar kata PAS ...masayaalah...tak sanggup saya nak sebutkan kat sini...itulah orang kata BN memang kaki fitnah....Lepas itu dia nak cerita lagi mengenai Anwar..tiba-tiba penganjur minta dia berhenti....kerana dah melencong jauh sangat. Azman Attar pun minta diri. Penganjur kemudian meminta ahli Gerak Gempur bersiap sedia untuk menjemput Zulhasnan calon BN untuk P105. Bila saja diumumkan maka hampir 95% pemuda yang memenuhi ruang duduk tadi bangun. Yang tingal cuma 10-15 orang itu pun wanita....Masya-allah. Apa dah jadi pada BN ni....Rupanya si Azman Attar berucap kepada cuma 10-15 orang saja... yang lain pemuda gerak gempur yang rata-ratanya masih belum layak mengundi.... 18-20 tahun. Pemuda ini lah yang di kerah naik motosikal ke hulu ke hilir bawa bendera BN... Maka sampailah si Zulhasnan di iring pemuda Gerak Gempur BN...dengan bunyi bising dan asap motosikal. Apakah ini budaya yang hendak dibina oleh UMNO? Si Zulhasnan bila saja keluar dari MPV Estimanya....maklumlah bussinessman...mestilah bergaya.... meluru tak kisah pengundi langsung!!! Yang dia nampak pengampunya saja.... nampak gaya melepas lah nak dapat undi dari aku...Aku datang ingat nak kenal lagi dekat dengan kau...tapi kau buat tak tahu....alamat memang melepaslah kau.... Tapi aku mengucap panjang tahan sabar.... KEmudian dijemputlah si Zulhasnan bodoh ni berucap...apa yang pertama dikatanya .. "Saya tidak dapat nak bercakap banyak pada malam ini kerana ada banyak tugas lagi." ...apa punya calon yang dipilih BN? Orang susah-susah tunggu sampai jam 10.45 malam nak dengar di berucap...dia ambil senang saja. Apa kerja lain yang banyak lepas jam 11 malam? Hai ada O.T ke dia? Kemudian tak sampai 3 minit dia tamatkan ucapannya dengan hanya mengingatkan supaya undi BN bukan undi dia!!! Hoi ini bukan zaman 60an.... ini dah nak masuk tahun 2000 ...orang nak wakil yang berani....boleh bawa masalah rakyat ke pihak atas. Dari gaya kau cakap nampak gaya jumudnya kau....cakap pun terketar-ketar tidak ada idea langsung.... buat apa jadi calon kalau tak reti nak bercakap. Bukan susah sangat....berikan 5 minit macam-macam boleh dicakapkan. Tapi nampaknya terlalu overconfident....habuk pun tak ada...hampas...kosong. Lepas si Zulhasnan bodoh ni berucap ..maka pengerusi majlis pun menjempat para "hadiri" yang 95% "ahli gerak gempur" menjamu "selera nasi bungkus" pada jam 11.00 malam... mungkin dah basi kut...!!! 10-15 kerat pengundi pun balik...merungut ...apa pun calon dah!!! Keputusannya setakat ini untuk P105 BA 10 : BN 0 pada hari pertama.... Takbir ALLAH AKHBAR X3 |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|