|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
SATU CADANGAN..Assalamualaikum W. B. T.
Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana saya masih lagi berpeluang untuk menulis di ruangan ini. Memandangkan pilihanraya sudah hampir tiba di sini
saya ingin mencadangkan cara-cara yang dirasakan paling berkesan untuk menambat hati pengundi-pengundi atas pagar dan yang tidak berapa pekat dengan UMNOnya.
Saya rasa cara mencetak maklumat daripada internet dalam bentuk tulisan yang kecil contohnya, font 12 adalah kurang berkesan lagi di saat-saat terakhir
menjelang pilihanraya kerana mereka mengambil masa untuk membacanya. Jadi cara yang lebih berkesan ialah dengan mencetak tulisan dengan huruf yang lebih
besar, contohnya font 30, yang merengkaskan isu-isu semasa, contohnya tajuk besar, PILIH ANTARA DUA, di buat dua lajur, satu golongan ulama
dan satu lagi UMNO. Terangkan perbezaan seperti, pembimbing Umat Islam sepanjang zaman, untuk UMNO sebagai penghina ulama. Hidup secara sederhana, UMNO
mengumpul kekayaan negara untuk individu dll.
Juga buatlah perbandingan PM-PM Malaysia yang lepas dengan Mahadhir dari segi kekayaan yang boleh menampung 7 keturunan yang boleh hidup dengan
makan dan tidur sahaja. Sebarlah gambar Mahadhir dan Pak Lah sedang minum arak, Pembaziran yang dilakukan oleh Mahadhir dll.
Sekian.
|
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|