|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
ISU DUA KERUSI BA DI PARLIMEN/DUN YANG SAMABeberapa pertanyaan timbul di kalangan rakyat berhubung dengan pertandingan 2 kerusi BA ditempat yang sama menentang calon BN. Perlu diketahui memang terdapat beberapa kerusi sebegini. Ia adalah perancangan BA sendiri yang lebih merupakan satu strategi untuk menawan Parlimen/DUN berkenaan. Tidak penting dua buah kerusi BA itu asalkan lawannya BN, maka kita pilihlah mana-mana satu calon BA. Sesiapa dari calon DAP/PAS/PKN/PRM terpilih itu tidak penting kerana BA mempunyai muafakatnya tersendiri. Rakyat jangan terkeliru dengan propaganda yang mengatakan keadaan sedemikian adalah disebabkan wujudnya perselisihan antara kalangan parti-parti BA. Pimpinan BA dijangka akan membuat pengumuman bagi kes sebegini dan inysaAllah akan disiarkan untuk tatapan anda kemudian. Dalam masa yang sama MR sedang mendapatkan kenyataan rasmi PAS Perak berhubung dengan isu ini. |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|